Defender Black Red

Sunday, November 27, 2011

Nour Aifyna

Dentuman guruh yang kuat dari luar bangunan sangat mengejutkan. Kesejukan yang dikeluarkan dari hawa dingin amat menyengat hingga ke tulang. Masing-masing di pejabat sedang sibuk menjalankan tugasam masing-masing dengan cukup tekun. Ada yang sedang sibuk menaip, ada pula yang sedang sibuk menjawab panggilan dan tidak kurang juga yang sedang sibuk memicit kepala bagi melegakan kepeningan yang sering bertandang disaat tugasan menimbun.

Deringan talipon di ats meja Helwa Sofeyya mengejutkannya yang sedang sibuk menaip.Dengan pantas, pegawai pemasaran yang muda lagi agresif itupun menjawab panggilan tersebut.

“Hello, selamat petang..Al Firabry Travel and Tours, Boleh saya bantu?”

“Err..boleh saya bercakap dengan..err..Puan Helwa Sofeyya?” Sahut suara dari corong talipon.

“Maaf encik, di sini tidak ada pekerja bernama Puan Helwa Sofeyya, yang ada Cik Helwa Sofeyya. Err boleh saya tahu siapa di talian dan dari mana?” Jawab Helwa sambil tertawa kecil.

“Errm..saya Hanzalah..Hanzalah Bin Habbar..dari..”

“Abang Han..??!!! ini Helwa lah.. apa khabar bang..? mana abang Han tahu adik kerja sini..?” Sahut Helwa keriangan sebelum sempat pemanggil tersebut meneruskan perbualannya.

“Abang sihat dik..erm..kalaupun happy sangat janganlah pekik-pekik gitu, boleh pecah gegendang telingan abang. Kawan sefakulti abang dulu yang inform abang adik jadi pegawai pemasaran di sini. Abang tak boleh lama ni dik, sekejap lagi ada temujanji. Can we meet after work? Di Komalas Restoran ECP jam 630 petang.”

“Lah.. kejap je bebual..?oklah.. 630 ni jumpa di ECP..take care” Jawab Helwa lalu merekapun mengakhiri perbualan yang singkat tersebut.

*************************************************************************************


Tepat seperti yang dijanjikan, mereka berduapun bertemu di Restoran Komalas yang penuh dengan memori indah. Helwa adalah adik angkat kesayangan Hanzalah semenjak mereka bersama-sama bersekolah menengah hinggalah ke Pusat Pengajian Tinggi. Namun, ketentuan Allah tiada siapa yang dapat mengubah. Hanzalah tiba-tiba menyepikan diri dari

adik angkatnya hampir tiga tahun yang lalu tanpa sebab. Helwa yang di
tatang bagai minyak yang penuh oleh Hanzalah, dimanjakan dan sering di bimbing serta di nasihati sebelum itu tidak dapat menerima perpisahan tersebut. Namun apakan daya dia untuk mencari dan mengesan seorang lelaki yang hanya bergelar abang angkatnya.

“Dik..sihat tak ni..? ada apa-apa perkara yang adik nak share dengan abang.?” Kata Hanzalah bagi memulakan perbualan mereka setelah memesan makanan.

Helwa merenung tepat ke mata Hanzalah mengharapkan pengertian. Lama kelamaan air yang jernih mula bertakung di kelopak matanya.

“Mana abang pergi selama ni..?? Kenapa dengan tiba-tiba abang pergi secara senyap-se

nyap dan terus menyepi hampir tiga tahun..? Kenapa abang biarkan Helwa keseorangan? Abang dah tak sayang adik lagi ke?” Luah Helwa dengan di iringi beberapa titisan air mata.
“Dik..sebab abang sayangkan adiklah abang terpaksa pergi. Abang tahu abang bersalah. Abang mementingkan diri abang sendiri. Tapi abang terpaksa putuskan sesuatu demi kebaikan kita berdua dik.” Jawab Hanzalah dengan nada memujuk.

“Adik tak faham.” Sahut Helwa pula sambil mengesat manik-manik putih yang semakin membasahi pipinya.

“Adik..kita terlalu rapat dik..sampai orang sekeliling akan meyangka yang kita ini sepasang kekasih. Tapi cuma kita sahaja…cuma adik dan abang sahaja yang tahu kita saling menyintai antara satu sama lain sebagai seorang adik dan abang. Abang terpaksa tinggalkan adik bila abang mula keliru dengan rasa rindu yang ada di hati abang bila adik memberikan tumpuan yang lebih sewaktu peperiksaan tahun pertama kuliah. Hampir setahun abang berperang dengan perasaan sendiri selepas abang putuskan untuk menjauhkan diri dari adik. Abang tak mahu mencemari
hubungan adik dan abang dengan cinta yang lain. Dan alhamdulillah, abang lebih yakin sekarang ni, sebab itulah abang datang untuk cari adik abang semula. Adik maafkan abangkan.?” Terang Hanzalah dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi bang..tiga tahun bukan satu masa yang singkat..macam-macam dah berlaku bang.” Jawab Helwa sambil menundukkan pandangannya.

“Macam-macam yang dah berlaku..??apa yang sudah terjadi dik..cakaplah..cakap pada abang..” Hanzalah mula kaget.

Sambil menarik nafas yang panjang, Helwa memulakan perbualannya dengan meminta maaf
yang teramat sangat dari abang angkat kesayangannya. Dia tahu dia telah mengecewakan ramai orang malah semua orang termasuklah orang lelaki yang dihormatinya, yang berada dihadapannya. Helwa yang dahulunya sering mengumpamakan dirinya sebagai sebutir permata kerana sering diperhatikan oleh abang angkatnya agar permakanannya terjaga dan segala gerak geri, pergaulan malah pakaiannya tidak melampaui batas kini merasakan permata tersebut akan terus hilang serinya walau digilap setiap saat.

Hanzalah yang semakin tidak faham meminta agar Helwa dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi. Tidak sanggup rasanya dia hendak berburuk sangka dengan penjelasan adik kesayangannya tadi yang kurang jelas.

“Helwa sudah tidak ada apa-apa lagi bang..Helwa dah hilang segala-galanya..Helwa bukan Helwa yang dulu lagi bang..Helwa berhenti belajar dua bulan selepas abang menghilang..dan..dan Helwa sudah berkali-kali memuaskan nafsu sebelum mempunyai hubungan yang sah dari segi syara`. Helwa kehilangan waktu itu bang..Helwa perlukan abang.. tapi mana abang pergi..??Kenapa abang tinggalkan Helwa dulu bang..?? Sekarang bila semuanya sudah hilang baru abang menjelma..!! Helwa sudah hilang mahkota Helwa bang..Helwa sudah tidak suci!!” Jerit Helwa dan terus berlari keluar meninggalkan Hanzalah bersendirian.


“Astaghfirullah…Astaghfirullah..Astaghfirullah..Helwa adik abang…abang berdosa kerana meninggalkan adik..maafkan abang dik..maafkan abang..” Bisik Hanzalah sendirian.

************************************************************************************

Semenjak Hanzalah mengetahui kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku keatas adiknya selama ketiadaannya, dia berasa sangat bersalah. Setiap hari selepas kerja dia akan meluangkan masa untuk bersama adik kesayangannya untuk memulihkan semula semangat serta keimanan adiknya.

“Abang Han.. Helwa..erm..Helwa taknak terus memuaskan nafsu sebelum adanya hubungan yang sah. Tapi..setiap kali Helwa cuba untuk tinggalkan perkara itu,setiap kali juga perasaan inginkan benda tu seolah-olah datang mendesak.


Helwa takut bang balasan Allah. Helwa tak tahu hendak jawab apa depanNya nanti.” Kata Helwa bagi memulakan pertemuan mereka yang sudah lebih seminggu bermula.

“Alhamdulillah adik sudah sedar. Abang akan sedia membantu adik. Adik kena ingat, setiap dosa yang kita lakukan termasuklah berzina adalah umpama mengambil dadah. Sekali rasa pasti kita hendak lagi dan kita akan mudah ketagih dik. Jadi, cara yang terbaik, adik kembalilah pada ajaran Allah.Banyakkan solat hajat dan solat taubat ye dik. Kalau perlu abang sanggup talipon adik hari-hari untuk kejutkan.”
Kata Hanzalah sambil menunjukkan kelegaan.

“Tapi abang Han, Allah akan maafkan adik ke..? adik sudah terlalu banyak kali lakukan perkara terkutuk itu bang. Lagipun adik tak kuat hendak berubah. Sebab keinginan ini bukan dari adik seorang, tapi juga dari kekasih adik.” Sambung Helwa keraguan.

“Hem..itu perkara biasa dik. Yang penting adik perlu ingat Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Ada sebuah hadith menceritakan seorang hamba Allah di masukkan ke syurga semata-mata kerana dia menyuapkan anjing yang haus air dengan menggunakan alas kakinya. Jadi apa yang menghalang adik untuk mendapat rahmat dan keampunan Allah? Yang penting kita sungguh-sungguh dik. Akui kesalahan dan kesilapan, minta ampun dariNya dan yang penting, usha untuk tidak melakukannya lagi. Mengenai kekasih adik pula..pada abang, jika dia sayangkan adik, dia akan hormat permintaan adik untuk hentikan aktiviti terkutuk itu. Tapi, jika dia berterusan meminta adik untuk memuaskan nafsunya, bererti cintanya tidak suci dik. Dia menggunakan adik sebagai bahan pelepas nafsu sahaja. Abang yakin adik boleh. Kalau adik rasa tak mampu, selalu-selalulah ingat azabNya. Bayangkan jika Dia mencabut nyawa adik sewaktu adik sedang berseronok melakukan zina.. Masya Allah.” Jelas Hanzalah bersungguh-sungguh.


*************************************************************************************


Diam tak diam, genap sudah dua bulan dua insan ini bergembira kerana dapat merasai kembali nikmat kasih sayang yang sudah lama hilang antara mereka. Si abang bersungguh-sungguh membantu adiknya untuk kembali ke pangkal jalan. Si adik pula bersungguh-sungguh untuk perbaiki diri.



Kesungguhan jelas terlihat di diri Helwa. Dia mula tidak senang apabila dirinya di peluk atau di rangkul oleh Hanief teman lelakinya. Dia mula mengurangkan persentuhan kulit dan kini dia sering mengajak Hanief untuk ke masjid setiap kali masuk waktu solat.

Namun perubahan pada diri Helwa tidak dapat di terima oleh Hanief seratus peratus. Mereka mula bertegang urat walaupun pada perkara-perkara yang kecil. Dan setiap kali ketegangan berlaku antara Helwa dan Hanief, Abang Hanzalahlah tempat Helwa mengadu dan mendapatkan nasihat.

“Helwa, Helwa tak boleh selamanya macam ni dik. Helwa mesti cuba selesaikan masalah Helwa sendiri. Helwakan sudah cukup dewasa. Lagipun..hem.. abang minta maaf dik..tiga hari lagi abang terpaksa tinggalkan adik lagi. Abang akan ke Turki untuk menyambung pengajian abang. Tapi kali ini abang janji dik. Hanya jasad kita sahaja yang terpisah, tapi bukan hati kita. Abang akan sedaya upaya terus hubungi adik. Tapi satu sahaja yang abang harapkan.. Hentikanlah maksiat yang lalu, kerana itulah sahaja penguat hubungan kita.” Jelas Hanzalah pada suatu hari.

Hati Helwa bagai di tusuk sesuatu yang tajam. Hatinya gelisah, resah, tidak menentu. Tiga hari..tiga hari lagi dia akan kehilangan semula kasih seorang abang yang pernah hilang tiga tahun dahulu. Perlukah Abang Hanzalah pergi..?? Tidak kasihan kah dia pada diri adiknya yang sedang terumbang ambing..?? Helwa semakin resah, semakin gelisah. Namun keresahannya tidak dapat menghentikan hari untuk terus berlalu dan akhirnya, sampailah juga saat perpisahan antara mereka.

“Abang jangan lupakan adik tau bang. Apa pun jadi, ingat adik selalu. Emel-emel adik selalu. Adik belum kuat untuk sendirian.” Kata Helwa sambil berlinangan air mata sewaktu menghantar Abang Hanzalah.

“Abang janji dik. Adik juga kena ingat janji adik. Jaga hubungan adik dan Hanief sebaik mungkin kerana adik dan dia bukan pasangan biasa. Dia perlu bertanggungjawab atas mahkota yang telah hilang. Dan elakkan perkara itu dari berlaku tau. Ingat..dengan menghentikan perbuatan itulah pengukuh hubungan adik dan abang. Abang jalan dulu.. Jaga diri dan hati..”

Hanzalah akhiri kata-katanya dengan lambaian yang sayu. Lambaian yang tersirat pegngharapan moga Allah membimbing adik kesayangannya untuk meniti sisa-sisa hidup dengan perbaiki kesilapan yang sudah.

Namun, seperti yang di sangkakan oleh Hanzalah. Hanya dua minggu selepas pemergiannya, Helwa mengirimkan surat elektronik kepadanya. Panjang isi surat tersebut. Helwa meminta maaf kerana pada waktu surat itu di tulis, sudah tiga kali Helwa ulangi perbuatan terkutuk dahulu. Dia telah menikmati kepuasan nafsu bersama kekasihnya. Dia sedar tentang kesilapannya, namun dia tidak kuat untuk mengawal keinginan tersebut.

Hanzalah amat kecewa dengan berita yang diterima. Namun dia amat memahami kesukaran yang di alami adiknya. Dia tidak henti-henti mengirimkan nasihat dengan harapan bagi menguatkan semula semangat untuk adiknya bertaubat.

Selang tiga bulan emel yang hampir sama Hanzalah terima. Dan kali ini dia lebih terkejut kerana Helwa memberitahunya setiap hujung minggu selama dua bulan yang lalu Helwa bermalam di chalet bersama Hanzalah dan mereka memuaskan nafsu bersama. Helwa seakan baru sedar apa yang di lakukannya berdosa dan dia sekali lagi meminta agar dapat di bimbing untuk berubah.
Namun hati Hanzalah sudah cukup kecewa dan terguris dengan sikap adiknya. Marah yang tidak terhingga mula menguasai dirinya. Lalu Hanzalahpun mula mengirim surat yang agak “pedas” pada adiknya untuk menunjukkan kekecewaannya.

Helwa, maaf jika apa yang akan abang katakan ini akan menyakitkan hati Helwa. Abang kecewa dengan Helwa. Apa yang Helwa lakukan ini adalah antara dosa besar. Dosa yang Allah laknat pembuatnya. Pemubatnya boleh di rotan 100 kali dan nerakalah tempatnya. Ulama sendiri membahagikan orang yang berdosa kepada dua. Pertama, berdosa dan tidak mempunyai rasa kehambaan. Lupa diri dan nyawanya adalah milik Allah. Tidak sedar kesalahan yang di buat dan hati tidak langsung terlintas untuk bertaubat. Kedua, berdosa tetapi masih ada nilai-nilai kehambaan. Tersedar semula selepas setiap kesalahan. Sedar dirinya milik Allah dan tanggungjawabnya sebagai hamba. Lantaran itu dia akan terus berusaha perbaiki diri. Helwa pilihlah salah satu dari dua jalan ini. Dan Helwa boleh hentikan menghubungi abang selagi Helwa masih belum dapat hentikan peruatan ini. Ingat lagi pesanan abang? Dengan menghentikan perbuatan itulah yang akan menguatkan hubungan kita.


*************************************************************************************


Lama Helwa terdiam selepas membaca surat dari abang Hanzalahnya. Bermacam-acam perkara berlegar-legar di fikirannya.

“Mengapa aku seorang yang dipersalahnya..?Mengapa abang Han tidak memahami kesukaran orang-orang seperti kami untuk keluar dari kegelapan? Adakah dia sudah jijik dengan aku? Jijik dengan aku yang kotor? Mudahlah dia berkata-kata tapi yang menderita aku.. Aku perlu untuk senentiasa di sokong dan di dorong. Aku perlu di bimbing untuk menyusuri jalan yang benar. Untuk kembali ke pangkal jalan.. Terima kasih abang Han atas segalanya. Mungkin aku terlalu banyak menyusahkan dia. Biarlah aku yang pergi. Pergi jauh dari semua orang yang aku kenali. Kalau inilah yang abang Han inginkan.” Keluh Helwa sendirian.

Helwa mula berhenti menghubungi abang Hanzalah dan dari hari itu dia cuba cekalkan hati mengharungi kehidupannya. Pesanan abang Han untuk dia mengaja hubungannya agar Hanief akan bertanggungjawab pada mahkotanya yang hilang di ingat sampai bila-bila. Bermulalah episod baru bagi Helwa. Kehidupan yang penuh dengan mujahadah. Adakalanya dia cukup kuat untuk perbaiki diri dan adakalanya juga dia lemah dan terjerumus lagi pada aktiviti yang dia sendiri kurang senangi.

====================================================================
Akal setipis rambut tebalkan dengan ilmu.. Hati separuh kaca kuatkan dengan iman.. Perasaan selembut sutera hiasilah dengan akhlak...

No comments:

Post a Comment