“Apa yang korang dah buat ni, join kumpulan
yang sesat ke?” masih terngiang-ngiang di telingaku soalan ataupun lebih kepada
tuduhan yang telah aku lemparkan kepada sekumpulan pelajar Aspura Sekolah
Menengah Teknik Kuala Selangor (SMTKS). “Eh..abang ni, ke situ pulak. Jangan
buat tuduhan tanpa usul periksa” ujar
Saufi. Mohammad Saufi Zainal Abidin, pelajar tingkatan 4 mekanikal 2.
Saufi yang mulanya menganjurkan Usrah Halaqah yang aku anggap sesat. Segalanya
bermula selepas aku bertukar ke SMTKS. Nama aku Muhamad Umar Hashim, kini
pelajar 5 Elektrik 2. Di sinilah aku banyak belajar tentang agama yang aku
peluk selama 17 tahun iaitu Islam. Pada tahun pertama aku di sini, aku belajar
berkenaan solat. Ringkasnya, aku belajar 5 Rukun Islam dan cuba menghayatinya.
Tahun kedua aku di sini aku sering terserempak
dengan 2 kumpulan pelajar tahun pertama yang membentuk bulatan seperti sedang
menerima pengajaran daripada seorang ‘cikgu’. Ini telah menimbulkan
persoalan”diorang ni sebar ajaran sesat ker?”aku bercakap dalam hati. Aku tegur
mereka buat kali pertama “Assalamualaikum, ni mengajar ni dah minta kebenaran
warden ke? Kalau belum, saya sarankan pergi minta kebenaranlah, agar tak
menimbulkan keraguan bagi mereka yang menggunakan surau ni. Sebab kita tak nak
pelajar disini dipengaruhi oleh ajaran yang bakal menyesatkan mereka”.
”Waalaikumsalam, InsyAllah kitorang akan mintak kebenaran” kata Saufi. Mereka
yang lain hanya menganggukkan kepala dan aku pun berlalu pergi. Setelah sebulan
aku tengok kumpulan ‘sesat’ ni semakin ramai pengikut. Lagilah aku rasa
bersalah sebab tak tegur secara tegas. Lepas sesi pengajaran mereka berakhir
aku pun berjumpa dengan Saufi. “Apa yang korang dah buat ni, join
kumpulan yang sesat ke?” tengking aku. “Eh..abang ni, ke situ pulak. Jangan
buat tuduhan tanpa usul periksa” jawab Saufi. “Malam ni saya terangkan, kita
jumpa kat surau” ajak Saufi. “ok, aku datang lepas prep bolehkan?” Tanya
aku. ”Alhamdulillah, itulah yang terbaik” jawab Saufi. “ceh…dah ‘sesat’ tunjuk
alim la pulak” kata hatiku.
Lepas kelas prep, aku pun ke surau untuk
mendapatkan penjelasan yang sepenuhnya daripada Saufi. Hampir semua yang
menyertai kumpulan ‘sesat’ hadirkan diri. Dalam hati aku ni agak bimbang,
manalah tau aku kene pukul ke atau kene ‘basuh’ ke? “Eh, ni kan surau. Takkan
diorang nak buat benda macam tu”. Melegakan hati aku sendiri.
“haa…Assalamualaikum” Saufi memberi salam. “Waalaikumsalam, haa..mulalah”
gesaku. “malam ni akan saya perjelaskan agar tak berlaku salah faham antara
kita. Tapi saya tak rasa seperti layak untuk menerangkan hal ni kat abg. Apa
kata abang join kitorang punya group, barulah abang paham. Bak
kata pepatah, Pengalaman itu mengajar “ pelawa Saufi. “Eh..kalau pun korang dah
sesat, janganlah nak menyesatkan orang lain pulak. Sekarang ni korang nak aku
pulak join group ‘sesat’ ni pulak. Wah, wah, wah….senang-senang nak
sesatkan kita ni pulak” perli aku. “Eh…abang jangan salah faham. Ok…macam ni
lah, abang join dulu, kalau abang rasa kami ni sesat. Abang dialu-alukan untuk
keluar” jelas Saufi. Aku pun malas nak berbalah, lagipun apa yang aku rugi.
Demi Islam dan generasi seterusnya, aku kena selidik kumpulan ni. Lalu aku mengangguk
tanda setuju.
Kumpulan ini selalunya berjumpa atau belajar pada hari
Ahad sahaja, dah macam Sunday School pulak. Perjumpaan pertama aku
bersama ‘cikgu’ kumpulan ‘sesat’ ni memberi kejutan kepada aku sebab, Muka
‘cikgu’ nya nampak berseri dan tenang. Tapi, aku tak mudah mempercayai orang
berdasarkan pandangan pertama. Jadi aku terus perhati dan teliti pengajarannya.
‘Kelas’ kami bermula dengan bacaan Al-Quran dan sesi ‘Tadabbur’, seterusnya
kami berkenalan. Nama ‘cikgu’ tu Mohd Wafi, katanya dia baru sahaja tiga tahun
memeluk Islam. Bertambahlah kesangsian aku terhadap kebolehan ‘cikgu’ ni untuk
mengajar Islam kerana baru tiga tahun belajar tentang Islam. Sedangkan aku yang sudah 17 tahun menganut Islam masih cuba
untuk memahami Islam, inikan pula baru 3 tahun memeluk Islam. Wafi membahasakan
dirinya ‘Akhi’, Akhi Wafi berasal dari Bumi Kenyalang, Sarawak. Menurut
penceritaan Akhi Wafi, dia merupakan bekas penganut agama Kristian dan mula
tertarik dengan Islam ketika melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi
Petronas (UTP) di Tronoh,Perak. Akhi Wafi mula memeluk Islam, setelah sekian lama
mencari keindahan dalam agama Islam yang sering dilabel sebagai 'Agama Pengganas'.
Ikuti sambungan Kisah Usrah Halaqah 2 yang akan
menceritakan kisah Akhi Wafi dan dugaan yang perlu dihadapinya untuk menjadi
seorang Islam. Adakah keluarganya menyokongnya atau sebaliknya…?
Assalamualaikum….
No comments:
Post a Comment