Perkara asas yang perlu di lakukan :-
a)
Muhasabah Diri (Menilai Diri)
-
Maksud Muhasabah Diri dalam Kamus Dewan Bahasa ialah perbuatan
menilai diri (fikiran, pendirian) utk
pembaikan diri sendiri.
-
Lihat dan Nilai segala yang telah kamu lakukan, apa yang orang lain
lakukan kepada kamu samada baik mahupun buruk. Dari situ dapat kita tahu, apa
yang bertambah dan berkurang dalam diri kita. Mengikut Prinsip Ahli Sunnah Wal
Jamaah “Iman akan bertambah dengan sebab perbuatan
taat sehingga bisa mencapai derajat sempurna. Dan iman dapat berkurang karena
perbuatan maksiat” .
-
Ambil tindakan atas apa yang telah kita Lihat dan Nilai. Sebagai contoh,
“kamu telah menyakiti hati seorang kawan” apa tindakan yang rasional? Meminta maaf
atau mengharapkan dia memberi keampunan pada diri kamu? Ya sudah, pasti
kedua-dua yang di atas kan. Sebab apa, kerana kita meminta maaf kepada Allah,
dalam masa yang sama kita mengharapkan keampunan Allah. Samalah dengan hal ini,
kita meminta maaf pada kawan kita dalam masa yang sama kita perlu mengharap
agar dia memaafkan kita.
-
Bagaimana kalau kawan yang menyakiti hati kita. Dalam hal ini,
sebaik-baiknya kita memaafkan mereka. “Tangan yang memberi lebih baik dari
tangan yang menerima”. Sememangnya berat untuk kita memberikan kemaafan kepada
mereka yang telah melakukan kesalahan kepada kita, tapi ingatlah sekiranya kita
golongan yang membuat salah dan kita menharapkan orang itu memaafkan kita tapi
dia pun berat hati nak memaafkan kita. Apa perasaan kamu atau apa yang akan
kamu lakukan?
-
Masih susah untuk memberi maaf.
Hayati Firman Allah S.W.T:
Dan orang-orang
yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah menyukai
orang-orang yang berbuat kebajikan." [Ali-Imran: 134]
Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik
dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. (Al Baqarah : 263)
-
Selepas kita ‘Reboot System’ kita, InsyAllah langkah seterusnya akan
lebih mudah.
a) Qiamullail
(Ibadah Malam)
-
Qiyamullail' ialah satu istilah Arab
yang membawa makna bangun di waktu malam dengan tujuan untuk mendekatkan diri
kepada Allah s.w.t. melalui ibadat-ibadat Sunat.
-
3 Ibadah yang saya cadangkan. Pertama
Solat Sunat, Kedua Membaca Al-Qur’an dengan Tajwid yang betul
dan Ketiga Berzikir.
-
Solat Sunat (Cadangan)
Solat Sunat Tahajjud
(Mengadu pada Allah)
“Ya Allah, aku ini
insan yang lemah. hamba yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah engkau
berikan. Aku mudah lupa kepadaMu, aku lalai dengan nikmat dunia yang tidak
berkekalan.”
Solat Sunat Taubat
(Memohon Keampunan)
Solat Sunat Hajat
(Meminta sesuatu)
-
Membaca Al- Quran (Ketenangan Hati)
Hati bergetar mendengar alunan bacaan Al- Qur’an. Lebih baik
sekiranya memahami maksud ayat Al- Qur’an itu.
- Berzikir (Menyebut nama Allah)
Zikir untuk
ingat Allah, macam Suami ingat kepada isteri (Outstation). Sebut nama Isteri
dalam tidur. Sebab tahap kerinduan yang tinggi. Samalah macam berzikir, Zikir
kita ingat Allah. Masa tidur pun ingat Allah(Mimpi ngeri baru ingat Allah).
No comments:
Post a Comment