Defender Black Red

Sunday, November 13, 2011

Jodoh 1.3 (Kesudahannya)




Hari ini rumah kedua orang tua Alia mengadakan walimahtul urus.. Alia akan diijabkabulkan pada pukul 2.00 petang ini di Masjid Jamek di taman rumahnya bersama seorang pemuda yang baru pulang dari United Kingdom. Muhammad Haza Azmi bin Abdullah adalah seorang pelajar jurusan Computer Engineering yang melanjutkan pelajarannya di Oversea. Dahulunya bekas pelajar Univesiti Malaya yang aktif dalam gerakan persatuan jemaah Islam di universitinya...

Alhamdulillah Haza juga istiqamah dan aktif dalam jemaah semasa di United Kingdom. Sekurang-kurangnya Alia masih lagi boleh istiqamah sebagai sayap kiri perjuangan Islam setelah berkahwin dengannya... Lamunan Alia lenyap sejurus sahaja kompang dipalu.. Rombongan pengantin lelaki sudah pun sampai dan sekejap lagi Alia akan ke masjid untuk upacara ijab kabul. Dan dikala itu Alia mengesat air matanya sambil meletak kembali kad jemputan perkahwinan Arif Alimun yang telah berusia setahun lebih itu. Usia kad itu telah mengingatkan Alia akan perkahwinan Arif Alimun dengan seorang muslimah yang baru balik dari Kaherah yang juga seorang Hafizah Al-Quran.. Dan perkahwinan mereka sudah berusia sama dengan kad berwarna merah jambu lembut itu.. Alia mengesat air matanya yang sudah banyak tumpah membasahi pipinya dan telah menghilangkan bedak dipipinya.. Kemudian Alia menyapukan kembali bedak di pipinya. Itu sahaja yang dipakainya kerana Alia tahu akan haramnya tabarruj.



Sewaktu Alia diiringi keluar, dia sudah nampak rombongan yang datang dari jauh.. Kemudian dia mencari-cari wajah bakal suaminya. Tatkala terlihat saja wajah Haza, pada masa itulah Alia sudah membuang jauh semua kenangannya bersama Arif Alimun.... Semuanya... kerana pada saat dan detik itu Hazalah yang memenuhi segenap ruang isi hatinya nalurinya. Dia hendak menjadi isteri yang solehah kepada Haza.. Dia mahu menyintai Haza sepenuhnya sebagai kekasihnya di dunia dan diharapkan dapat menjadi perantaraan buat Kekasihnya yang kekal abadi yakni Allah Taala..

Tapi Tuhan sahaja yang tahu sejauh mana kekuatan Alia untuk menolak semua kenangannya sewaktu bersama Arif Alimun.. cinta pertamanya yang mana suatu ketika dahulu dia pernah berharap menjadi pelamin hidupnya.. Semua itu hancur sekelip mata bilamana itulah kehendak Allah terhadap makhluknya... namun Alia pasrah dan redha dengan keputusan Allah buatnya.. Dia yakin ada hikmah disebaliknya... dan dia juga yakin 'Haza'lah yang akan membawa akibat baik bagi dirinya, agamanya dan kehidupannya pada masa sekarang dan pada masa akan datang..


Alia cuba mengukir sekuntum senyuman pengantin buat Haza.. dia tahu Haza sedang memerhati ke arahnya.. Dia mahu memaparkan wajah yang gembira menyambut kehadiran Haza di dalam hatinya dgn penuh keikhlasan.. pada masa itu dgn rahmat Allah turun rasa mahabbah yang mendalam dalam dirinya terhadap Haza... Arif Alimun sudah dilupakan tatkala itu dan mungkin untuk selama-lamanya... sebagai isteri solehah, Alia sudah tidak boleh mengingati lelaki lain... Upacara ijab kabul telah berjalan lancar dan kini Alia dan Haza sudah sah sebagai suami isteri.. Tatkala kedua pengantin itu berjalan berpimpinan tangan menuju ke rumah, terdetiklah dihati Alia memang benarlah kita ini perlu mencari jodoh yang sekufu.....

No comments:

Post a Comment