Defender Black Red

Sunday, November 27, 2011

Nour Aifyna

Dentuman guruh yang kuat dari luar bangunan sangat mengejutkan. Kesejukan yang dikeluarkan dari hawa dingin amat menyengat hingga ke tulang. Masing-masing di pejabat sedang sibuk menjalankan tugasam masing-masing dengan cukup tekun. Ada yang sedang sibuk menaip, ada pula yang sedang sibuk menjawab panggilan dan tidak kurang juga yang sedang sibuk memicit kepala bagi melegakan kepeningan yang sering bertandang disaat tugasan menimbun.

Deringan talipon di ats meja Helwa Sofeyya mengejutkannya yang sedang sibuk menaip.Dengan pantas, pegawai pemasaran yang muda lagi agresif itupun menjawab panggilan tersebut.

“Hello, selamat petang..Al Firabry Travel and Tours, Boleh saya bantu?”

“Err..boleh saya bercakap dengan..err..Puan Helwa Sofeyya?” Sahut suara dari corong talipon.

“Maaf encik, di sini tidak ada pekerja bernama Puan Helwa Sofeyya, yang ada Cik Helwa Sofeyya. Err boleh saya tahu siapa di talian dan dari mana?” Jawab Helwa sambil tertawa kecil.

“Errm..saya Hanzalah..Hanzalah Bin Habbar..dari..”

“Abang Han..??!!! ini Helwa lah.. apa khabar bang..? mana abang Han tahu adik kerja sini..?” Sahut Helwa keriangan sebelum sempat pemanggil tersebut meneruskan perbualannya.

“Abang sihat dik..erm..kalaupun happy sangat janganlah pekik-pekik gitu, boleh pecah gegendang telingan abang. Kawan sefakulti abang dulu yang inform abang adik jadi pegawai pemasaran di sini. Abang tak boleh lama ni dik, sekejap lagi ada temujanji. Can we meet after work? Di Komalas Restoran ECP jam 630 petang.”

“Lah.. kejap je bebual..?oklah.. 630 ni jumpa di ECP..take care” Jawab Helwa lalu merekapun mengakhiri perbualan yang singkat tersebut.

*************************************************************************************


Tepat seperti yang dijanjikan, mereka berduapun bertemu di Restoran Komalas yang penuh dengan memori indah. Helwa adalah adik angkat kesayangan Hanzalah semenjak mereka bersama-sama bersekolah menengah hinggalah ke Pusat Pengajian Tinggi. Namun, ketentuan Allah tiada siapa yang dapat mengubah. Hanzalah tiba-tiba menyepikan diri dari

adik angkatnya hampir tiga tahun yang lalu tanpa sebab. Helwa yang di
tatang bagai minyak yang penuh oleh Hanzalah, dimanjakan dan sering di bimbing serta di nasihati sebelum itu tidak dapat menerima perpisahan tersebut. Namun apakan daya dia untuk mencari dan mengesan seorang lelaki yang hanya bergelar abang angkatnya.

“Dik..sihat tak ni..? ada apa-apa perkara yang adik nak share dengan abang.?” Kata Hanzalah bagi memulakan perbualan mereka setelah memesan makanan.

Helwa merenung tepat ke mata Hanzalah mengharapkan pengertian. Lama kelamaan air yang jernih mula bertakung di kelopak matanya.

“Mana abang pergi selama ni..?? Kenapa dengan tiba-tiba abang pergi secara senyap-se

nyap dan terus menyepi hampir tiga tahun..? Kenapa abang biarkan Helwa keseorangan? Abang dah tak sayang adik lagi ke?” Luah Helwa dengan di iringi beberapa titisan air mata.
“Dik..sebab abang sayangkan adiklah abang terpaksa pergi. Abang tahu abang bersalah. Abang mementingkan diri abang sendiri. Tapi abang terpaksa putuskan sesuatu demi kebaikan kita berdua dik.” Jawab Hanzalah dengan nada memujuk.

“Adik tak faham.” Sahut Helwa pula sambil mengesat manik-manik putih yang semakin membasahi pipinya.

“Adik..kita terlalu rapat dik..sampai orang sekeliling akan meyangka yang kita ini sepasang kekasih. Tapi cuma kita sahaja…cuma adik dan abang sahaja yang tahu kita saling menyintai antara satu sama lain sebagai seorang adik dan abang. Abang terpaksa tinggalkan adik bila abang mula keliru dengan rasa rindu yang ada di hati abang bila adik memberikan tumpuan yang lebih sewaktu peperiksaan tahun pertama kuliah. Hampir setahun abang berperang dengan perasaan sendiri selepas abang putuskan untuk menjauhkan diri dari adik. Abang tak mahu mencemari
hubungan adik dan abang dengan cinta yang lain. Dan alhamdulillah, abang lebih yakin sekarang ni, sebab itulah abang datang untuk cari adik abang semula. Adik maafkan abangkan.?” Terang Hanzalah dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi bang..tiga tahun bukan satu masa yang singkat..macam-macam dah berlaku bang.” Jawab Helwa sambil menundukkan pandangannya.

“Macam-macam yang dah berlaku..??apa yang sudah terjadi dik..cakaplah..cakap pada abang..” Hanzalah mula kaget.

Sambil menarik nafas yang panjang, Helwa memulakan perbualannya dengan meminta maaf
yang teramat sangat dari abang angkat kesayangannya. Dia tahu dia telah mengecewakan ramai orang malah semua orang termasuklah orang lelaki yang dihormatinya, yang berada dihadapannya. Helwa yang dahulunya sering mengumpamakan dirinya sebagai sebutir permata kerana sering diperhatikan oleh abang angkatnya agar permakanannya terjaga dan segala gerak geri, pergaulan malah pakaiannya tidak melampaui batas kini merasakan permata tersebut akan terus hilang serinya walau digilap setiap saat.

Hanzalah yang semakin tidak faham meminta agar Helwa dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi. Tidak sanggup rasanya dia hendak berburuk sangka dengan penjelasan adik kesayangannya tadi yang kurang jelas.

“Helwa sudah tidak ada apa-apa lagi bang..Helwa dah hilang segala-galanya..Helwa bukan Helwa yang dulu lagi bang..Helwa berhenti belajar dua bulan selepas abang menghilang..dan..dan Helwa sudah berkali-kali memuaskan nafsu sebelum mempunyai hubungan yang sah dari segi syara`. Helwa kehilangan waktu itu bang..Helwa perlukan abang.. tapi mana abang pergi..??Kenapa abang tinggalkan Helwa dulu bang..?? Sekarang bila semuanya sudah hilang baru abang menjelma..!! Helwa sudah hilang mahkota Helwa bang..Helwa sudah tidak suci!!” Jerit Helwa dan terus berlari keluar meninggalkan Hanzalah bersendirian.


“Astaghfirullah…Astaghfirullah..Astaghfirullah..Helwa adik abang…abang berdosa kerana meninggalkan adik..maafkan abang dik..maafkan abang..” Bisik Hanzalah sendirian.

************************************************************************************

Semenjak Hanzalah mengetahui kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku keatas adiknya selama ketiadaannya, dia berasa sangat bersalah. Setiap hari selepas kerja dia akan meluangkan masa untuk bersama adik kesayangannya untuk memulihkan semula semangat serta keimanan adiknya.

“Abang Han.. Helwa..erm..Helwa taknak terus memuaskan nafsu sebelum adanya hubungan yang sah. Tapi..setiap kali Helwa cuba untuk tinggalkan perkara itu,setiap kali juga perasaan inginkan benda tu seolah-olah datang mendesak.


Helwa takut bang balasan Allah. Helwa tak tahu hendak jawab apa depanNya nanti.” Kata Helwa bagi memulakan pertemuan mereka yang sudah lebih seminggu bermula.

“Alhamdulillah adik sudah sedar. Abang akan sedia membantu adik. Adik kena ingat, setiap dosa yang kita lakukan termasuklah berzina adalah umpama mengambil dadah. Sekali rasa pasti kita hendak lagi dan kita akan mudah ketagih dik. Jadi, cara yang terbaik, adik kembalilah pada ajaran Allah.Banyakkan solat hajat dan solat taubat ye dik. Kalau perlu abang sanggup talipon adik hari-hari untuk kejutkan.”
Kata Hanzalah sambil menunjukkan kelegaan.

“Tapi abang Han, Allah akan maafkan adik ke..? adik sudah terlalu banyak kali lakukan perkara terkutuk itu bang. Lagipun adik tak kuat hendak berubah. Sebab keinginan ini bukan dari adik seorang, tapi juga dari kekasih adik.” Sambung Helwa keraguan.

“Hem..itu perkara biasa dik. Yang penting adik perlu ingat Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Ada sebuah hadith menceritakan seorang hamba Allah di masukkan ke syurga semata-mata kerana dia menyuapkan anjing yang haus air dengan menggunakan alas kakinya. Jadi apa yang menghalang adik untuk mendapat rahmat dan keampunan Allah? Yang penting kita sungguh-sungguh dik. Akui kesalahan dan kesilapan, minta ampun dariNya dan yang penting, usha untuk tidak melakukannya lagi. Mengenai kekasih adik pula..pada abang, jika dia sayangkan adik, dia akan hormat permintaan adik untuk hentikan aktiviti terkutuk itu. Tapi, jika dia berterusan meminta adik untuk memuaskan nafsunya, bererti cintanya tidak suci dik. Dia menggunakan adik sebagai bahan pelepas nafsu sahaja. Abang yakin adik boleh. Kalau adik rasa tak mampu, selalu-selalulah ingat azabNya. Bayangkan jika Dia mencabut nyawa adik sewaktu adik sedang berseronok melakukan zina.. Masya Allah.” Jelas Hanzalah bersungguh-sungguh.


*************************************************************************************


Diam tak diam, genap sudah dua bulan dua insan ini bergembira kerana dapat merasai kembali nikmat kasih sayang yang sudah lama hilang antara mereka. Si abang bersungguh-sungguh membantu adiknya untuk kembali ke pangkal jalan. Si adik pula bersungguh-sungguh untuk perbaiki diri.



Kesungguhan jelas terlihat di diri Helwa. Dia mula tidak senang apabila dirinya di peluk atau di rangkul oleh Hanief teman lelakinya. Dia mula mengurangkan persentuhan kulit dan kini dia sering mengajak Hanief untuk ke masjid setiap kali masuk waktu solat.

Namun perubahan pada diri Helwa tidak dapat di terima oleh Hanief seratus peratus. Mereka mula bertegang urat walaupun pada perkara-perkara yang kecil. Dan setiap kali ketegangan berlaku antara Helwa dan Hanief, Abang Hanzalahlah tempat Helwa mengadu dan mendapatkan nasihat.

“Helwa, Helwa tak boleh selamanya macam ni dik. Helwa mesti cuba selesaikan masalah Helwa sendiri. Helwakan sudah cukup dewasa. Lagipun..hem.. abang minta maaf dik..tiga hari lagi abang terpaksa tinggalkan adik lagi. Abang akan ke Turki untuk menyambung pengajian abang. Tapi kali ini abang janji dik. Hanya jasad kita sahaja yang terpisah, tapi bukan hati kita. Abang akan sedaya upaya terus hubungi adik. Tapi satu sahaja yang abang harapkan.. Hentikanlah maksiat yang lalu, kerana itulah sahaja penguat hubungan kita.” Jelas Hanzalah pada suatu hari.

Hati Helwa bagai di tusuk sesuatu yang tajam. Hatinya gelisah, resah, tidak menentu. Tiga hari..tiga hari lagi dia akan kehilangan semula kasih seorang abang yang pernah hilang tiga tahun dahulu. Perlukah Abang Hanzalah pergi..?? Tidak kasihan kah dia pada diri adiknya yang sedang terumbang ambing..?? Helwa semakin resah, semakin gelisah. Namun keresahannya tidak dapat menghentikan hari untuk terus berlalu dan akhirnya, sampailah juga saat perpisahan antara mereka.

“Abang jangan lupakan adik tau bang. Apa pun jadi, ingat adik selalu. Emel-emel adik selalu. Adik belum kuat untuk sendirian.” Kata Helwa sambil berlinangan air mata sewaktu menghantar Abang Hanzalah.

“Abang janji dik. Adik juga kena ingat janji adik. Jaga hubungan adik dan Hanief sebaik mungkin kerana adik dan dia bukan pasangan biasa. Dia perlu bertanggungjawab atas mahkota yang telah hilang. Dan elakkan perkara itu dari berlaku tau. Ingat..dengan menghentikan perbuatan itulah pengukuh hubungan adik dan abang. Abang jalan dulu.. Jaga diri dan hati..”

Hanzalah akhiri kata-katanya dengan lambaian yang sayu. Lambaian yang tersirat pegngharapan moga Allah membimbing adik kesayangannya untuk meniti sisa-sisa hidup dengan perbaiki kesilapan yang sudah.

Namun, seperti yang di sangkakan oleh Hanzalah. Hanya dua minggu selepas pemergiannya, Helwa mengirimkan surat elektronik kepadanya. Panjang isi surat tersebut. Helwa meminta maaf kerana pada waktu surat itu di tulis, sudah tiga kali Helwa ulangi perbuatan terkutuk dahulu. Dia telah menikmati kepuasan nafsu bersama kekasihnya. Dia sedar tentang kesilapannya, namun dia tidak kuat untuk mengawal keinginan tersebut.

Hanzalah amat kecewa dengan berita yang diterima. Namun dia amat memahami kesukaran yang di alami adiknya. Dia tidak henti-henti mengirimkan nasihat dengan harapan bagi menguatkan semula semangat untuk adiknya bertaubat.

Selang tiga bulan emel yang hampir sama Hanzalah terima. Dan kali ini dia lebih terkejut kerana Helwa memberitahunya setiap hujung minggu selama dua bulan yang lalu Helwa bermalam di chalet bersama Hanzalah dan mereka memuaskan nafsu bersama. Helwa seakan baru sedar apa yang di lakukannya berdosa dan dia sekali lagi meminta agar dapat di bimbing untuk berubah.
Namun hati Hanzalah sudah cukup kecewa dan terguris dengan sikap adiknya. Marah yang tidak terhingga mula menguasai dirinya. Lalu Hanzalahpun mula mengirim surat yang agak “pedas” pada adiknya untuk menunjukkan kekecewaannya.

Helwa, maaf jika apa yang akan abang katakan ini akan menyakitkan hati Helwa. Abang kecewa dengan Helwa. Apa yang Helwa lakukan ini adalah antara dosa besar. Dosa yang Allah laknat pembuatnya. Pemubatnya boleh di rotan 100 kali dan nerakalah tempatnya. Ulama sendiri membahagikan orang yang berdosa kepada dua. Pertama, berdosa dan tidak mempunyai rasa kehambaan. Lupa diri dan nyawanya adalah milik Allah. Tidak sedar kesalahan yang di buat dan hati tidak langsung terlintas untuk bertaubat. Kedua, berdosa tetapi masih ada nilai-nilai kehambaan. Tersedar semula selepas setiap kesalahan. Sedar dirinya milik Allah dan tanggungjawabnya sebagai hamba. Lantaran itu dia akan terus berusaha perbaiki diri. Helwa pilihlah salah satu dari dua jalan ini. Dan Helwa boleh hentikan menghubungi abang selagi Helwa masih belum dapat hentikan peruatan ini. Ingat lagi pesanan abang? Dengan menghentikan perbuatan itulah yang akan menguatkan hubungan kita.


*************************************************************************************


Lama Helwa terdiam selepas membaca surat dari abang Hanzalahnya. Bermacam-acam perkara berlegar-legar di fikirannya.

“Mengapa aku seorang yang dipersalahnya..?Mengapa abang Han tidak memahami kesukaran orang-orang seperti kami untuk keluar dari kegelapan? Adakah dia sudah jijik dengan aku? Jijik dengan aku yang kotor? Mudahlah dia berkata-kata tapi yang menderita aku.. Aku perlu untuk senentiasa di sokong dan di dorong. Aku perlu di bimbing untuk menyusuri jalan yang benar. Untuk kembali ke pangkal jalan.. Terima kasih abang Han atas segalanya. Mungkin aku terlalu banyak menyusahkan dia. Biarlah aku yang pergi. Pergi jauh dari semua orang yang aku kenali. Kalau inilah yang abang Han inginkan.” Keluh Helwa sendirian.

Helwa mula berhenti menghubungi abang Hanzalah dan dari hari itu dia cuba cekalkan hati mengharungi kehidupannya. Pesanan abang Han untuk dia mengaja hubungannya agar Hanief akan bertanggungjawab pada mahkotanya yang hilang di ingat sampai bila-bila. Bermulalah episod baru bagi Helwa. Kehidupan yang penuh dengan mujahadah. Adakalanya dia cukup kuat untuk perbaiki diri dan adakalanya juga dia lemah dan terjerumus lagi pada aktiviti yang dia sendiri kurang senangi.

====================================================================
Akal setipis rambut tebalkan dengan ilmu.. Hati separuh kaca kuatkan dengan iman.. Perasaan selembut sutera hiasilah dengan akhlak...

Sunday, November 20, 2011

Cinta Seorang Sahabat



Asri menutup mashaf al-qurannya. Sudah lima tahun dia berada di Yarmouk, Jordan, Kenangan-kenangan .lama terus bermain di kotak fikirannya.

“Assalamualaikum W.B.T” satu suara menangkap di telinga Humairah. Humairah menoleh ke belakang. Kelihatan seorang pelajar lelaki.
Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Wajahnya sedikit cengkung. Kelihatan bulu-bulu nipis yang baru tumbuh di dagunya .

“Assalamualaikum, tak dengar ke saya beri salam.”
“Waalaikumussalam,” jawab Humairah sambil hatinya merungut-rungut di atas kehadiran budak lelaki yang tidak dikenali itu.

“Saya pelajar baru di sekolah ni. Boleh awak tolong tunjukkan kelas 5 Agama Sains?”

“Awak jalan terus dan belok kiri,” jawab Humairah acuh tak acuh dengan pertanyaan budak lelaki tersebut.
“Boleh tak awak bawa saje saya ke kelas tersebut. Saya masih baru. Tak biasa dengan keadaan sekolah ni.”


“Isy, bayak songehlah budak ni,” dengus Humairah.

“Kalau awak keberatan takpelah. Biar saya pergi cari kelas tu sendiri.”

Humairah terus berlalu pergi meninggalkan budak lelaki tu sendirian. Budak lelaki tersebut hanya memandang sahaja Humairah meninggalkan dia sendirian. Budak lelaki it uterus bergerak mencari kelasnya. Satu persatu kelas dilaluinya. Hatinya beransur lega setelah melihat satu kelas yang tertulis di pintunya 5 Agama Sains. Dia terus melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Dia memeberikan salam dan memperkenalkan dirinya.

“Saya Mohd Asri bin Muhammad. Sebelum ini saya bersekolah di sebuah sekolah Tahfiz di Kedah,” Asri memperkenalkan dirinya di hadapan kelas. Kelihatan beberapa pelajar mengangguk-angguk mendengar keterangan Asri tersebut. Kelihatan juga beberapa orang pelajar perempuan yang tersenyum-senyum melihat Asri yang kelihatan malu ketika memperkenalkan dirinya di hadapan semua pelajar.

Asri terus mengambil tempat duduknya. Dia duduk berseorangan. Dia melihat ke belakang. Dia terkejut apabila melihat pelajar perempuan yang ditegurnya ketika baru tiba di sekolah itu duduk di belakangnya. Dia melemparkan senyum kepada pelajar tersebut tetapi senyumannya di balas dengan wajah yang masam mencuka.

Kedengaran bunyi loceng yang menandakan sudah masuk waktu rehat. Asri menghampiri Humairah. “Boleh saya tahu nama awak?”

“Buat apa,” jawab Humairah dengan kasar.

“Aik takkan itupun salah kot. Kalau tak nak bagitahu tidak mengapa.”

“Humairah,” jawab Humairah pendek sambil terus berlalu meninggalkan Asri sendirian. Beberapa orang pelajar lelaki menghampiri Asri sambil menghulurkan salam persahabatan.

Melalui mereka Asri mula mengenal siapakah Humairah yang sebenarnya.



Humairah bukanlah nama yang asing lagi di kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tampin. Dia seorang pelajar yang pintar. Tetapi malangnya dia berasal dari keluarga yang bermasalah. Ayahnya adalah seorang pemandu lori. Ibunya pula adalah seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Humairah mempunyai dua orang abang. Yang sulung sudah bekerja di Kuala Lumpur dan tidak pernah menjengukkan mukanya di kampong untuk bertanya khabar tentang keluarganya. Abangnya yang kedua adalah seorang penganggur. Abangnya yang kedua ini memang sudah terkenal di seluruh kampung sebagai seorang kacang hantu.

Dia sering menimbulkan masalah di kampungnya. Malah jika berlaku kes-kes kecurian, mengintai anak dara dan bermacam-macam lagi masalah yang timbul di kampong itu, semua orang tahu itu adalah angkara abang Humairah tersebut. Namun demikian tiada seorangpun yang melaporkan aktiviti-aktiviti negative yang berlaku kerana penduduk kampong berasa kasihan dengan keluarga Humairah yang hidup kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Lebih memburukkan keadaan ialah sikap buruk ayah Humairah sendiri. Gajinya sebagai seorang pemandu lori bukanlah tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Tetapi sikapnya yang suka menelan ‘air kencing syaitan’ sering sahaja menyebabkan keluarga Humairah terpaksa mengikat perut. Setiap malam, ayah Humairah akan pulang dalam keadaan mabuk. Di kala itu, seperti biasa ibunya itulah yang menjadi mangsa nafsu serakah ayahnya. Ibu Humairah di layan seperti seorang binatang. Dimaki, di terajang sesuka hati. Fungsinya hanyalah melayani nafsu rakus bapa Humairah.

Humairah adalah satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga mereka. Takdir yang telah menentukan untuk dia lahir di dalam keluarga tersebut. Dia umpama bunga di taman yang tercemar. Dia umpama bidadari syurga di neraka dunia. Bagi Humairah keluarganya adalah seumpama neraka baginya. Saban hari, saban waktu dia melihat perlakuan ayahnya yang menjelikkan mata. Dia melihat dengan dua matanya pabila ibunya dimaki dan diterajang oleh ayahnya. Saban malam dia melihat ayahnya pulang dalam keadaan terhuyung-hayang.

Ketika itu kedengaranlah kata-kata yang tidak patut dilemparkan oleh seorang suami kepada isterinya. Isteri aka seorang perempuan yang sepatutnya di layan sebagai seorang insan yang mulia dilayan seperti binatang.

Asri terus menutup mashaf Al-Quran yang di bacanya. Dia baru sahaja selesai membaca Surah Luqman. Dia meneliti tafsir yang masih terletak di tangannya. Ketika membaca tafsir Surah Luqman secara tiba-tiba dia teringatkan Humairah. Apakah yang sedang di buat gadis itu di kala malam hari seperti sekarang. Asri membayangkan bagaimana perasaan Humairah apabila melihat ayahnya pulang ke rumah dalam keadaan sudah di kawal oleh ‘air kencing syaitan’.

Dia juga membayangkan bagaimana ibu Humairah di terajang oleh lelaki yang tak layak digelar suami. Asri menutup tafsirnya. Dia hampir-hampir menitiskan air matanya pabila membayangkan tentang kehidupan Humairah. Baru kini dia faham kenapa gadis itu tidak pernah tersenyum. Perasaan marahnya terhadap Humairah dia atas kekurang ajarannya bertukar kepada simpati. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana kedaan dirinya jika dia berada di tempat Humairah. Apakah dia akan seperti sekarang? Atau dia juga akan hanyut seperti remaja-remaja lain yang dahagakan kasih saying daripada ibu bapa.

Asri bingkas bangun dari sejadahnya. Dia melipat sejadahnya dan bergerak ke dapur untuk menikmati minum petang yang sudah di sediakan oleh ibunya. Selepas habis menikmati makanan yang di sediakan ibunya, Asri terus pergi ke belakang rumahnya dan mencapai basikalnya. Dia ingin berjalan-jalan di kampong yang baru sahaja seminggu dia menjadi penghuni di situ. Asri terus mengayuh basikalnya perlahan-lahan sambil melihat keadaan sekeliling kampungnya itu.Asri terus menayuh basikalnya menuju ke kawasan air terjun di kampungnya. Sudah banyak kali dia mendengar tentang air terjun yang indah itu dari kawan-kawannya.


Apabila sudah menghampiri kawasan air terjun itu, bunyi air menghempas di batu semakin jelas. Asri terus turun dari basikalnya. Tiba-tiba dia terlihat sekujur tubuh sedang duduk di bawah pokok berhampiran dengan kawasan jeram tersebut. Dari kelibat tubuh itu Asri tahu dia seorang gadis. Asri terus pergi nsane gadis tersebut kerana dia menyangka gadis tersebut mungkin memerlukan pertolongan, jika tidak masakan ada seorang gadis sanggup duduk di kawasan yang sunyi seumpama itu seorang diri. Asri semakin menghampiri gadis tersebut.

Dia pun melemparkan ucapan salam kepada gadis tersebut. "Assalamualaikum".

“Waalaikumussalam,” jawab gadis itu sambil memalingkan wajahnya ke arah Asri.

Asri terkejut apabila mendapati bahawa gadis tersebut adalah Humairah. Begitu jua Humairah, dia juga terkejut kerana tidak sangka dengan kehadiran Asri di situ. Sebenarnya Humairah bukanlah berseorangan di situ. Tidak jauh dari situ kelihatan dua orang kanak-kanak sedang bermain-main dengan air di jeram tersebut. Humairah hanya menemani mereka ke situ.

Asri terus membuka kata. “Apa khabar?”

Humairah tidak menjawab sebaliknya terus memalingkan wajahnya. Humairah terus memandang kanak-kanak tersebutbermain tanpa mempedulikan soalan Asri tadi. Asri terus menanti jawapan dari Humairah.

Dia cuba bertanya lagi. “Boleh tak kita jadi kawan?”

Kali ini Humairah mengalihkan pandangannya kea rah Asri tetapi seprti tadi dia hanya membisu seribu bahasa. Tiada jawapan diberikan. Melihatkan keadaan Humairah yang tidak senang dengan kehadirannya Asri terus membuka langkah untuk pergi dari situ. Tetapi suara yang dinantikan-nantikannya mematikan langkah Asri.

“Kenapa awak nak berkawan dengan saya sedangkan orang lain menjauhkan diri dari saya?”

“Kenapa, salahkah saya mahu menjadi kawan awak?” soal Asri pula.

Humairah hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu menjawab soalan Asri tadi. Sebenarnya dia bukan tidak suka berkawan dengan Asri. Cuma dia merasakan dirinya terasing. Dia tidak pernah dipinggirkan oleh kawan-kawannya tetapi sikapnya itulah yang membuatkan dia sering terasing. Humairah bukanlah seorang yang peramah, apa lagi mahu berkawan dengan ramai orang.

Tapi itu semua bukanlah kehendaknya. Ada satu rahsia yang menyebabkan dia tidak mahu bercampur dengan rakan-rakannya. Rahsia yang tidak diketahui sesiapa. Sesuatu yang dia sorokkan dan tidak pernah diberitahu kepada sesiapapun. Humairah seperti mahu menitiskan matanya apabila mengenangkan malam hitam itu.


Ketika itu ibu Humairah tiada di rumah. Ayahnya pulang dalam keadaan mabuk. Seperti biasa dia akan mencari isterinya untuk memuaskan nafsunya. Ayahnya memandang bilik Humairah. Tiba-tiba sahaja nafsunya terasa bergolak. Dia terus menolak pintu bilik Humairah. Dia melihat anak gadisnya sedang lena tidur di atas katil. Dia terus menerpa kearah Humairah. Ketika itu nafsunya tidak dapat dikawal lagi. Puas Humairah merayu supaya dilepaskan. Tetapi bila nafsu sudah bertakhta semuanya tidak dihiraukan lagi. Tangisan Humairah tidak dihiraukan oleh ayahnya. Apa yang ayahnya tahu nafsunya mesti dipuasakan. Berkecailah mahkota kegadisan di tangan seorang insan yang sepatutnya menjadi pelindung. Malam itu menjadi malam jahanam untuk Humairah. Kesuciannya di ragut oleh seorang insan yang bergelar bapa.

Inilah yang menyebabkan Humairah berubah. Dia tidak mahu lagi bercampur dengan kawan-kawannya kerana pada pandangannya dia sudah kotor. Bagi Humairah dirinya adalah makhluk yang kotor. Tiada siapa yang tahu kisah hitamnya itu. Tiada siapa yang mahu menjadi pendengar kepada kisah hitamnya.


“Awak tak jawab soalan saya lagi Humairah, atau mungkin awak tak sudi berkawan dengan saya.”

“Bukan begitu Asri. Saya tak kata saya tidak mahu menjadi kawan awak. Tetapi ada sesuatu yang mesti awak tahu. Perkara ini sudah saya sorokkan sekian lama. Entah kenapa saya begitu memperacayai awak. Saya harap awak tidak terkejut dengan apa yang hendak saya ceritakan. Dan selepas mendengarnya mungkin awak tidak mahu berkawan dengan saya lagi,”kata Humairah.

“Beritahu saja apa yang ingin awak ceritakan.”

Humairah menceritakan satu persatu kisah hidupnya hinggalah kepada hitam yang tercatat di dalam diari hidupnya.

Wajah Asri berubah bila mendengar tentang sejarah hitamnya yang diceritakan sendiri oleh Humairah.

“Sekarang terpulag kepada awak sama ada hendak berkawan dengan saya. Cuma satu yang saya harapkan. Saya mahu awak simpan kisah ini. Anggap sahaja yang awak tidak tahu apa-apa.

Asri terus membisu. Dia memandang ke wajah Humairah. Satu perasaan simpati timbul di wajahnya.
“Humairah, maafkan saya. Saya tak sangka begitu sekali kisah hidup awak.”

“Akhirnya saya menemui jua insan yang mahu mendengar luahan hati saya. Sebelum ini saya tidak percayakan sesiapa. Saya melihat seolah-olah seluruh manusia di sekeliling saya memandang hina kepada saya. Seolah-olah semua manusia mencaci-caci saya di atas apa yang berlaku.

“Awak tak berdosa Humairah. Saya tak tahu apa yang patut saya buat. Cuma saya mohon satu, saya harap awak dapat terima saya sebagai sahabat awak. Saya tak kisah tentang sejarah hidup awak.”

Humairah menundukkan mukanya. Air matanya hampir menitis. “Saya rasa lebih baik jika saya pulang sekarang.

Lagipun, hari dah lewat ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam,” jawab Humairah lembut.


Sudah tiga hari Humairah tidak hadir ke sekolah. Dari apa yang Asri tahu, Humairah telah dimasukkan ke hospital pada malam selepas mereka berbua-bual di kawasan air terjun tersebut. Asri sudah dapat menjangka apa yang berlaku. Selepas pulang dari sekolah dia terus bergegas ke hospital.Setibanya di hospital, Humairah masih berada di dalam bilik pembedahan. Lima belas minit kemudian seorang wanita bertudung litup keluar dari bilik pembedahan. Dari pakaiannya Asri tahu dia adalah seorang doktor. Asri hanya mengangguk-angguk perlahan mendengar kata-kata doktor tersebut.

Asri menoleh ke dalam bilik tersebut. Dia melihat Humairah masih terbaring. Humairah lekihatan terlalu letih. Namun di dalam keletihan itu dia masih mampu melemparkan senyuman kea rah Asri. Di sebelahnya kelihatan seorang bayi.

Setelah meminta kebenaran doktor tersebut, asri terus masuk ke dalam bilik itu. Dia menghampiri Humairah. Selepas itu dia pergi pula ke arah bayi tersebut.Asri mengangkat bayi itu perlahan-lahan. Dia mendekat bibirnya ke telinga kanan bayi tersebut. Kalimah-kalimah suci didengarkan di telinga bayi tersebut. Humairah hanya memerhati sahaja.

Asri bergerak kearah Humairah.

“Siapa nama anak awak ni?” soal Asri.

“Muaz. Muaz bin Abdullah,” jawab Humairah pendek.

Humairah memandang ke arah Asri. Hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum Asri bertolak ke Jordan untuk melanjutkan pelajaran. Humairah tidak mahu berlengah lagi.

Segala isi hatinya mesti dicurahkan sebelum semuanya terlewat.

“Terpulang pada awak sama ada mahu menerima saya atau tidak.”

“Siapa kata saya tidak mahu menerima awak. Hati saya sudah saya serahkan kepada awak Humairah.”

“Awak sanggup menjadi bapa kepada Muaz. Awak sanggup mempunyai anak yang berbinkan Abdullah.”

“Awak tak percayakan saya Humairah? Jika saya snggup menerima awak, kenapa saya perlu menolak untuk menjadi ayah kepada Muaz.”

Humairah terharu mendengar kata-kata Muaz. Seminnngu kemudian mereka pun disatukan di dalam majlis yang sederhana.

Asri tersedar daripada lamunannya. Dia segera memeriksa barang-barangnya. Sebentar lagi teksi yang akan menghantarnya ke lapangan terbang akan tiba. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke tanah air. Wajah Humairah dan Muaz mula terbayang di mata Asri.

Sunday, November 13, 2011

Jodoh 1.3 (Kesudahannya)




Hari ini rumah kedua orang tua Alia mengadakan walimahtul urus.. Alia akan diijabkabulkan pada pukul 2.00 petang ini di Masjid Jamek di taman rumahnya bersama seorang pemuda yang baru pulang dari United Kingdom. Muhammad Haza Azmi bin Abdullah adalah seorang pelajar jurusan Computer Engineering yang melanjutkan pelajarannya di Oversea. Dahulunya bekas pelajar Univesiti Malaya yang aktif dalam gerakan persatuan jemaah Islam di universitinya...

Alhamdulillah Haza juga istiqamah dan aktif dalam jemaah semasa di United Kingdom. Sekurang-kurangnya Alia masih lagi boleh istiqamah sebagai sayap kiri perjuangan Islam setelah berkahwin dengannya... Lamunan Alia lenyap sejurus sahaja kompang dipalu.. Rombongan pengantin lelaki sudah pun sampai dan sekejap lagi Alia akan ke masjid untuk upacara ijab kabul. Dan dikala itu Alia mengesat air matanya sambil meletak kembali kad jemputan perkahwinan Arif Alimun yang telah berusia setahun lebih itu. Usia kad itu telah mengingatkan Alia akan perkahwinan Arif Alimun dengan seorang muslimah yang baru balik dari Kaherah yang juga seorang Hafizah Al-Quran.. Dan perkahwinan mereka sudah berusia sama dengan kad berwarna merah jambu lembut itu.. Alia mengesat air matanya yang sudah banyak tumpah membasahi pipinya dan telah menghilangkan bedak dipipinya.. Kemudian Alia menyapukan kembali bedak di pipinya. Itu sahaja yang dipakainya kerana Alia tahu akan haramnya tabarruj.



Sewaktu Alia diiringi keluar, dia sudah nampak rombongan yang datang dari jauh.. Kemudian dia mencari-cari wajah bakal suaminya. Tatkala terlihat saja wajah Haza, pada masa itulah Alia sudah membuang jauh semua kenangannya bersama Arif Alimun.... Semuanya... kerana pada saat dan detik itu Hazalah yang memenuhi segenap ruang isi hatinya nalurinya. Dia hendak menjadi isteri yang solehah kepada Haza.. Dia mahu menyintai Haza sepenuhnya sebagai kekasihnya di dunia dan diharapkan dapat menjadi perantaraan buat Kekasihnya yang kekal abadi yakni Allah Taala..

Tapi Tuhan sahaja yang tahu sejauh mana kekuatan Alia untuk menolak semua kenangannya sewaktu bersama Arif Alimun.. cinta pertamanya yang mana suatu ketika dahulu dia pernah berharap menjadi pelamin hidupnya.. Semua itu hancur sekelip mata bilamana itulah kehendak Allah terhadap makhluknya... namun Alia pasrah dan redha dengan keputusan Allah buatnya.. Dia yakin ada hikmah disebaliknya... dan dia juga yakin 'Haza'lah yang akan membawa akibat baik bagi dirinya, agamanya dan kehidupannya pada masa sekarang dan pada masa akan datang..


Alia cuba mengukir sekuntum senyuman pengantin buat Haza.. dia tahu Haza sedang memerhati ke arahnya.. Dia mahu memaparkan wajah yang gembira menyambut kehadiran Haza di dalam hatinya dgn penuh keikhlasan.. pada masa itu dgn rahmat Allah turun rasa mahabbah yang mendalam dalam dirinya terhadap Haza... Arif Alimun sudah dilupakan tatkala itu dan mungkin untuk selama-lamanya... sebagai isteri solehah, Alia sudah tidak boleh mengingati lelaki lain... Upacara ijab kabul telah berjalan lancar dan kini Alia dan Haza sudah sah sebagai suami isteri.. Tatkala kedua pengantin itu berjalan berpimpinan tangan menuju ke rumah, terdetiklah dihati Alia memang benarlah kita ini perlu mencari jodoh yang sekufu.....

Monday, November 7, 2011

Jodoh 1.2



Masuk bulan ini sudah hampir 9 bulan Alia meneruskan hubungannya dengan Arif Alimun. Dan dalam tempoh itu mereka sering berbalas email dan Arif Alimun pernah menelefonnya dari Mesir. Bunga-bunga kecintaan mereka semakin mekar dan berkembang. Tidak sabar Alia hendak menunggu kepulangan Arif Alimun dari Mesir. Dan bulan depan Arif Alimun akan pulang ke Malaysia. Keputusan jayyid yang diterimanya telah melayakkan dia untuk pulang ke tanah air.

Hari ini Arif Alimun yang berada dirumahnya di Banting menelefon Alia yang pada masa itu berada dirumahnya di Bangi. Kebetulan UUM pada masa itu cuti. Belum pun sempat Alia menanyakan apa-apa, Arif Alimun telah memotong percakapannya. Dengan penuh tenang Arif Alimun telah menyatakan sesuatu yang Alia tunggu selama ini, namun isi kandungannya tidaklah seperti yang diharapkan oleh Alia selama ini.



" Alia..." Arif Alimun menarik nafas panjang... " Maafkan abang.. jawapannya negatif Alia. Sebenarnya semasa abang di Shoubra dulu abang telah memperolehi jawapan negatif tetapi abang masih lagi berdoa agar jodoh kita sampai. Namun petunjuk yang diperolehi bertambah keruh.. Alia.. tidak ada siapa yang dapat mengubah takdir Allah.. InsyaAllah nanti mungkin akan ada seorang lelaki yang lebih baik dari abang yang akan memenuhi ruang hati Alia.

Itulah doa abang utk Alia.. Sampaikan salam abang kepada emak dan ayah Alia dgn lafaz Assalammualaikum.. dan sampaikan juga minta maaf dari abang buat mereka.. Alia .. kita hanya merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang...."


Hancurlah hati seorang yang bernama wanita yang mana sememangnya sifat hati kaum Hawa ini sensitif.. Tewaslah matanya dari menahan air matanya untuk tidak tumpah membasahi pipinya yang licin dan putih melepak itu.. akhirnya Alia pasrah dan redha dengan ketentuan Allah buatnya.


Insy-Allah..Nantikan Kesudahan Kisah Jodoh Ini..
Pada Minggu Hadapan..Assalamualaikum...