Defender Black Red

Tuesday, August 2, 2011

Langkahan Cinta Julia Aleeya 2

Sebulan telah berlalu . Semenjak pemergian arwah ke Rahmatullah , diri ini tiba-tiba disapa kesunyian dalam sekelip mata . Aku tidak tahu mengapa . Masih segar dalam ingatanku bagaimana segalanya terjadi . Dalam masa yang singkat , aku bertemu semula dengan keluargaku dan sepantas itu juga , menjadi suami kepada seorang gadis yang baru sahaja aku kenali . Segalanya terlalu pantas buatku . Tanpa perkenalan , tanpa pertunangan , akhirnya lafaz ijab dan kabul terucap jua dibibirku . Termeterailah sudah ikatan antara aku dan Aleeya . Namun , cinta yang ingin ku semai tidak kesampaian . Allah lebih berhak ke atas Aleeya , berbanding diriku yang kerdil ini . Sewaktu melihat wajah arwah dipangkuanku , sayu mula melingkari diri ini . Wajahnya pucat . Namun , matanya berombak sinar menantikan pertemuan yang abadi dengan Ya Rabbi . Itulah kali pertama dan terakhir aku memangku seorang isteri yang baru sahaja kunikahi .

Airmataku tidak terbendung lagi . Berguguran rintik-rintik hiba dipusara arwah yang masih merah itu . Ku hadiahkan sepotong doa agar rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . Aku tertunduk pilu .

“Wan , sudahlah tu . Biarlah Leeya pergi dengan tenang . Abg pun sedih dengan pemergian Leeya . Dialah satu-satunya adik abg . Semua org merasai kehilangan arwah . Sabarlah , Wan,” ucap Irfan .

“Saya tak apa-apa , bang . Cuma terkilan dgn kehilangan arwah . Tak sangka arwah pergi begitu cepat meninggalkan kita semua,” tambahku lagi, sambil melihat kearah batu nesan yg tertulis nama arwah ‘Julia Aleeya’ .

“InsyaAllah . Org yang baik macam Wan ni , pasti akan ada gantinya,” getus Irfan lagi .

“Tiada gantinya Leeya di hati Wan , abg …” aku lantas berlalu meniggalkan Irfan terpinga-pinga sendirian .

“Kita balik , bang ,” kataku lagi .

Aku dan Irfan lantas berlalu pergi meninggalkan pusara itu . Tiada bicara . Aku dan Irfan masing-masing kehilangan org yg disayangi . Disayangi ? Aku ? Inilah pertama kali aku merasakan apa itu kasih dan sayang . Sayang terhadap seorang isteri yang telah pergi untuk selamanya . Aku juga terkejut dengan tindakan arwah sebelumnya . Masih tergambar jelas diingatanku sewaktu aku , mama dan papa menghantar rombongan untuk meminang Aleeya , seminggu selepas pertemuanku dengan keluargaku .

“Eh , Maz , Razlan . Masuklah ! Kenapa tak telefon dulu sebelum datang,” kata Datin Nissa , mama kepada Aleeya .

“Tak apalah . Sebenarnya kami datang ni bawa hajat,” ujar mama sambil tersenyum melihatku . Aku tertunduk malu .

Mungkin kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Aleeya , maka aku tidak dikenali oleh mamanya itu . Datin Nissa seperti bingung melihat kehadiranku di situ .

“Erm…ni siapa Maz ?”, tanya Datin Nissa .

“Ini anak aku , Ikhwan . Saudara kembar pada Iman,” jelas papa pula .

“Eh , bukankah kau kata…”

“Panjang ceritanya , Nissa . Nanti aku jelaskan kemudian ,” jelas papa sambil tersenyum melihatku .

Aku tahu apa yang Datin Nissa ingin katakan . Tapi , papa segera memintas kerana tidak mahu melukakan hatiku .

“Aku datang ni bawa hajat , Nissa,” ujar mamaku lagi .

“Lain macam aje bunyinya ni,” balas Datin Nissa sambil tersenyum melihat mamaku .

“Sebenarnya , kami datang ni nak meminang Aleeya untuk Iman,” kata mama lagi .

Aku tersenyum . Namun jauh di sudut hatiku berkata bahawa Iman sangat beruntung sekiranya memperisterikan Aleeya . Saudaraku itu memang beruntung .

“Oh , macam tu ke ? Aku tak boleh bagi kata putus sebab Leeya tak ada di rumah sekarang . Berilah aku masa ye ? Nanti aku sampaikan hajat kau tu pada Leeya,” tambah Datin Nissa pula .

“Aku kalau boleh nak buat kenduri doa selamat sekali sebab aku dapat bertemu semula dengan anak aku ni . Sekalilah dengan kenduri kahwin si Iman dan Aleeya tu,” kata papa dengan bersungguh-sungguh .

“Ikhwan ni satu kuliah dengan Aleeya , Nissa,” kata papa lagi .

“Ye ke ! Leeya tak pernah beritahu auntie pun yang Wan belajar sekali dengan dia . Aleeya nakal tak kat kampus ?” usik Datin Nissa .

“Takdelah , auntie . Leeya baik-baik je . Lagipun , Wan jarang jumpa dia,” kataku lagi .

“Wan ni pemalu sikit , Nissa . Beza dia dengan Iman,” mama tersenyum sambil memegang tanganku . Aku gembira kerana pertama kali merasai kasih sayang seorang ibu .

Setelah segalanya berjalan lancar , mama dan papa akhirnya meminta diri untuk pulang . Aku dapat melihat riak wajah mereka yang ceria selepas segalanya telah terungkai . Namun , mengapa aku berasa sesuatu akan berlaku ? Ah , mungkin perasaanku saja ! Cemburu ? Mana mungkin aku mencemburui saudaraku sendiri . Lagipun , menurut kata mama , sudah lama kedua-dua belah pihak ingin menyatukan Iman dan Aleeya . Namun , disebabkan Aleeya masih belajar . Jadi , hasrat itu tertunda . Kini , setelah Aleeya hampir menggenggam ijazah , mama dan papa membuat keputusan untuk menyatukan mereka berdua kerana ingin melihat Iman berumahtangga.

Dua minggu telah berlalu . Tetapi , tiada berita tentang peminangan itu . Tiba-tiba , mama dan papa memanggilku . Iman juga turut berada di situ.

“Wan , mama nak cakap sikit boleh ?” kata mama sambil memandang tepat ke arahku .

“Kenapa , ma ?” kataku lagi . Aku semakin gelisah .

“Apa yang kau nak sebenarnya , ha ?!” kata Iman sambil menjeling ke arahku . Aku tidak mengerti .

“Buat-buat tak tahu pulak ye ! Apa yang kau dah buat pada Aleeya , ha ?” templak Iman lagi . Kini dia bangun sambil memandang tajam ke arahku .

“Iman ! Mama tak pernah ajar Iman bersikap macam ni . Bukankah Wan ni kembar Iman ? Mama tak suka anak-anak mama bersikap kurang ajar sesama sendiri !” jelas mama lagi . Namun , aku masih tidak mengerti . Terpinga-pinga dengan tuduhan melulu yang dilemparkan ke atasku .

“Kenapa ni ma , papa ? Apa yang Wan dah buat sampai macam ni jadinya ?” tanyaku lagi .

“Wan…sebenarnya , Aleeya hanya akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita sekiranya pinangan itu datang dari Wan sendiri,” jelas papa lagi .

“Apa?!”

Seluruh tubuhku kaku dan membeku . Aku seperti tidak percaya bahawa aku menjadi pilihan Aleeya . Patutlah Iman begitu marah terhadapku. Namun , mengapa aku ? Mengapa tidak Iman ? Aku benar-benar terkejut dengan tindakan Aleeya . Namun , mama dan papa tidak membantah malah menyetujui sekiranya aku menerima Aleeya sebagai isteri . Pada mulanya , aku tidak tergamak untuk melakukan hal yang sedemikian kerana aku tahu , Iman akan terluka . Masakan aku tergamak untuk melukakan hati saudaraku sendiri . Namun , setelah Aleeya berkeras untuk tidak menerima pinangan sesiapa kecuali aku , maka aku menerimanya sebagai isteriku . Walau bagaimanapun , sehingga sekarang aku masih tidak tahu akan jawapannya . Mengapa aku pilihan Aleeya sedangkan pertemuan kami terlalu singkat dan aku pula seorang lelaki yang cacat . Tiada apa yang istimewa padaku melainkan penyakitku yang pelik ini . Putih seluruh tubuh ibarat arca nan kaku melangkah lesu untuk meneruskan hidup .

“Fikir apa tu ?” tiba-tiba Irfan menyapa lamunanku .

“Erm , tak ada apa-apa , bang,” jelasku lagi .

“ Jangan tipulah . Wan teringatkan Leeya kan ?” uji Irfan .

Aku diam . Tiada kata untuk kulafaz . Aku tidak mahu air mata ini mengalir lagi untuk ke sekian kalinya . Biarlah Aleeya damai bersemadi . Aku redha sekiranya itu ketentuan Ilahi untukku .

“Wan , dah nak grad kan tak lama lagi ?” tanya Irfan cuba untuk memulakan bicara denganku .

“Ye . Kenapa abg tanya ?” kataku sambil melontar jauh pandangan ke luar kereta .

“Wan nak kerja dengan keluarga abg?” tanya Irfan lagi .

“Kerja ?”

“Ye , kerja . Sebagai peguam syarikat Perdana Holding,” getus Irfan seraya memberhentikan kereta apabila menghampiri lampu isyarat berhampiran Damansara Height .

“Tapi…”

“Wan fikirlah dulu . Abg tak paksa Wan untuk bekerja dengan Perdana Holding . Cuma , abg lebih percaya dengan kebolehan Wan daripada org lain,” jelas Irfan lagi .

“Maksud abg ?” aku mula bertanya .

“Maksud abg , Wan gantikan tempat abg sebagai peguam di Syarikat Perdana Holdings,” jelas Irfan lagi .

“Abg peguam ke ? Tp , kenapa selama ni Wan cuma nampak abg terlibat dengan designing je,” soal ku kepada Irfan .

“Sebenarnya , abg belajar undang-undang dekat Cambridge University . Lepas tu , bila balik dari sana , abg terniat nak buat business Art and Design . Rasa malas pulak nak teruskan undang-undang ni . Letih la . Kalau Wan nak tahu , design rumah dan ofis tu , semua abg yg buat,” jelasnya kepadaku .

“Lah , ye ke !”

“Dari situlah timbulnya konflik antara abg dan papa . Papa mahu abg bertindak sbg Peguam di Perdana Holding . Tapi abg tolak . Abg berkeras tidak mahu sbb abg dah ada syarikat sendiri,” jelas Irfan dengan teliti .

“Jadi , itulah puncanya abg bermasam muka dengan papa ?” tanyaku ingin mendapatkan kepastian .

“Ye . Sebab tu abg duduk di luar . Sejak dr hari itu , hubungan abg dan papa semakin renggang .Abg tak boleh terus hidup bertegang leher dgn papa . Sedangkan papa setiap hari memaksa abg . Walau macam mana pun , abg bersyukur kerana punya adik seperti Leeya . Leeya sanggup memikul tanggungjawab menjadi peguam di Perdana Holding walaupun minat asalnya bercanggah dari apa yg dipelajarinya,” jelas Irfan lagi .

“Wan tak faham . Apa maksud abg ? ” aku kurang jelas .

“Leeya suka seni . Sejak kecil lagi abg selalu temani dia belajar bermain macam-macam alat muzik di luar . Sewaktu kecilnya , arwah selalu bernyanyi lagu-lagu asli dan kerap kali juga memenangi petandingan . Lucu bila abg imbas kembali saat-saat arwah semasa dia masih kecil . Abg tahu minat dia lebih pada bidang seni . Namun , kerana tak mahu merumitkan keadaan antara abg dan papa , Leeya bersetuju untuk belajar undang-undang,” jelas Irfan dengan panjang lebar .

Terkedu aku seketika . Aku tidak menyangka arwah isteriku seorang yang suka pada seni . Kerapkali juga aku melihatnya bermain alat muzik bersama pelajar-pelajar orkestra kampus dalam beberapa acara yang lalu . Waktu itu , aku tidak mengenalinya . Selepas Irfan menceritakan semuanya padaku , baru aku teringat akan seorang gadis yang selalu muncul dengan alat-alat muziknya di pentas . Dialah Aleeya .

“1 message received…”

Lamunanku terhenti apabila menerima pesanan ringkas itu . Aku lantas membacanya .

“Wan , boleh aku jumpa kau hari ni . 5.30 ptg di Masjid Putrajaya- Mira ”

Mira ? Kenapa dia tiba-tiba ingin bertemu denganku ? Getus hatiku sendiri . Hari ini ? Masjid Putrajaya ? Aku semakin gelisah .

Setelah hampir 45 minit aku dan Irfan meredah laluan jalan , akhirnya aku sampai di rumah . Aku mengajak Irfan masuk , namun dia memilih untuk pulang kerana masih ramai tetamu yang datang berziarah . Aku mengerti . Jadi , aku membiarkan Irfan pulang agar dia dapat menguruskan keluarganya .

Hatiku semakin sebak apabila melangkah masuk ke halaman rumah . Aku masih ingat lagi dua hari sebelum majlis pernikahan kami berlangsung , Aleeya telah menanam sepohon bunga kemboja di tepian kolam di laman ini. Waktu itu ia masih segar dan merimbun . Namun , setelah arwah tiada , ia seperti lesu tidak bermaya . Ibarat mengerti akan kehilangan sang puteri yang menanam kemboja ini dengan kasih sayangnya . Aku masih ingat akan kata-katanya ;

“Kemboja ni putih , sama seperti putihnya diri kita saat dilahirkan . Tapi , Leeya risau kalau kepulangan Leeya bercorak noda kehitaman …”

Terduduk aku mengingati kata-katanya . Tidak kusangka Aleeya benar-benar pulang ke pangkuan Yg Esa . Aku menyentuh kemboja di taman. Layu lantas kering berguguran . Ibarat hilangnya nadi sebuah kehidupan selepas Aleeya kembali ke Rahmatullah . Tidak akan kubiarkan kemboja ini terus mati . Akan kusuburkan kembali sebagaimana arwah lakukan sebelum pemergiannya .

“Allah huakbar… Allah huakbar…”

“Eh , dah azan . Baik aku solat dulu sebelum ke putrajaya,”

Selepas selesai mengerjakan solat , aku lantas mengatur langkahku ke Masjid Putrajaya . Aku semakin bingung . Mengapa Mira hendak berjumpa denganku ?

“Ah , sangka baik sudahlah,” getus hatiku .

Aku terus menaiki kereta menuju ke Putrajaya . Mujur sahaja hari ini tidak banyak kereta yang keluar masuk . Kalau tidak , pasti aku akan kelewatan daripada janjiku . Setelah tiba di perkarangan Masjid Putrajaya , aku lantas meletakkan kenderaanku di tempat yang telah disediakan . Aku mengambil tongkatku lantas berjalan mencari kelibat Mira . Dari suatu sudut aku terpandang seorang gadis yang seiras Mira . Namun , gadis itu bertudung .

“Erm , tidak mungkin Mira,” lantas aku berlalu dan mencari akan kelibat Mira di sekitar kawasan itu .

“Wan !”

Aku menoleh ke belakang apabila namaku dipanggil oleh seseorang .

“Mira ?”

Masha Allah . Mira sudah bertudung rupanya . Pasti arwah akan tersenyum gembira apabila mengetahui sahabatnya ini telah berubah .

“Kenapa kau pandang aku macam tu ? Kau tak pernah nampak org ke?” marah Mira .

“Aku bersyukur tgk perubahan kau . Kalau Leeya masih hidup , dia pasti gembira,” jelasku lagi .

“Aku jumpa kau ni sebab nak serahkan benda ni,” kata Mira sambil menghulurkan sebuah buku berwarna biru kepadaku .

“Apa ni ?” tanyaku ragu .

“Ini diari peribadi arwah sejak dia mulakan pengajiannya di kampus . Aku rasa , kau lah org yang paling berhak untuk menyimpannya . Ambillah,” kata Mira dengan bersungguh-sungguh .

“ Tapi , dairi yang dulu tu…”

“Itu bukan diarinya , tapi sekadar buku yang tertera…”

“Tertera sajak luahan hatinya…” pintasku lagi .

“Ye , itu hanya buku yg melakar segala sajak yang di tulis oleh arwah. Tapi , diari ni adalah jawapan bg segalanya . Aku tahu kau mesti pelik mengapa arwah secara tiba-tiba memilih kau menjadi suaminya,” jelas Mira kepadaku .

“Aku tak faham maksud kau ,” kataku .

“Bacalah diari ni . Kau akan tahu nanti,” jelas Mira lagi .

“Aku balik dulu . Maaf sebab aku ada kerja yang perlu aku uruskan . Aku harap kau dapat fahami isi diari ini . Kerana kau akan tahu , mengapa kau pilihannya,” jelas Mira seraya berlalu pergi meninggalkan aku dan Diari itu .

Aku rungsing . Takut , gentar dan segala perasaan bercampur aduk dalam mindaku . Jadi , aku teruskan langkahku ini masuk ke dalam Masjid Putrajaya . Ku lakukan solat sunat Tahiyatul Masjid dan berniat utk ber’iktikaf di situ . Ku alunkan beberapa potong ayat Al-Quran bg menghilangkan resah di jiwa yag lara . Akhirnya , dengan seribu kekuatan , aku membuka lembaran diari itu .

-“Ya Allah , mengapa kau beri dugaan begini kepadaku ? Keluargaku sentiasa sibuk dgn urusan dunia . Sedangkan aku bertarung nyawa dengan penyakit yg kualami”

-“Aku tahu aku tidak boleh bertahan lama. Aku tidak mampu melawan takdirMU. Namun , kau berikan aku insan yg menghulur semangat padaku. Dia cacat , tp teguh mencari segenap ilmu. Kuatkanlah semangatku sebelum ajal menjemputku ya Tuhan”

-“Aku punya keluarga yg kaya. Namun , aku miskin dgn kasih sayang. Tiada erti hidup ini jika harta jd sandaran. Namun , setiap kali melihat hambaMu yg cacat itu , bertongkat ke sana sini . Kdg kala tersisih dr rakan2 , dia tetap tabah. Aku kagum dengannya Ya Tuhan.”

-“Izinkanlah aku menjadi isterinya , walau hanya sehari ya Tuhan. Perkenankanlah bicara hati hambaMu ini. Kerana bgku , mencintai insan yg mencintaimu adalah harapan bgku selama ini”

-“Terima kasih ya Tuhan kerana menjawab Istikharahku. Aku yakin dgn jawapanMu ini.”

Mengalir airmataku tatkala membaca diari ini . Baru aku menyedari bahawa selama ini , Aleeya hanya memandangku dari jauh dan menyimpan harapan terhadapku , hamba yang hina ini. Aleeya memandangku dgn pandangan yang suci . Hati yang luhur dan bersih kerana cintanya pada Ilahi. Pilihannya hadir dr nur yg suci mengharap kasih Ilahi . Langkah cintanya terpandu dgn pimpinan Ya Rahim . Namun , diri ini hanya insan biasa yg tdk pernah lari dr melakukan dosa. Sekiranya kau tahu , bahawa diriku bukanlah semulia tafsiran dirimu . Betapa mulianya hatimu mendoakan aku selama ini. Terima kasih Ya Tuhan kerana mempertemukan jodohku dengannya . Jauh di sudut hatiku , Aleeya tetap bersemadi . Permaisuri yg selamanya bertakhta di lubuk hati ini .

“Maafkan abg Leeya , Abg tidak mampu menunaikan hasrat Leeya yang terakhir . Tidak akan sesekali aku melakukannya . Tidak mungkin . Maafkan abg Leeya,” hatiku berkata sendiri .

Sesungguhnya aku tidak mampu . Biarlah aku begini kerana Tuhan itu Maha Mengerti . Lalu , aku mengahantar satu pesanan ringkas buat seseorang ;

“Maafkan aku , Mira . Aku tak boleh mengahwini kau . Walaupun ini permintaan Leeya , sahabat karib kau sendiri . Maafkan aku , Mira . aku tak mampu . Langkahan cinta Aleeya tetap bersemi di hatiku . Julia Aleeya tetap isteriku selamanya . Dunia dan akhirat,”

Written by : Shiratul Iman IIUM 2006
_________________
" Kerana Iman & Cinta "

No comments:

Post a Comment