Defender Black Red

Tuesday, August 2, 2011

T. V

Alat kawalan jauh itu ditekan-tekan. Rangkaian demi rangkaian dibuka dan dialih tanpa sebab. Tidak sempat pelakon itu menghabiskan dialognya, dia segera mengalih ke siaran lain. Sesekali dia mendengus. “Dewasa ini, siaran televisyen semakin membosankan! Terlalu banyak drama Korea..terlalu banyak pertandingan nyanyian..” Dia mulai merungut.

“Kalau tidak mahu ditonton, tutup sahaja televisyen itu! Peninglah melihat kamu asyik menukar siaran..” marah Afifah. Nasibah dan Hidayah yang sedang rancak menghadap programming java mereka hanya mengerling sebentar. “Saya bosanlah!!” Afifah hanya menggelengkan kepalanya.

“Kalau rosak televisyen saya, kamu ganti..” pesan Nasibah ringkas. Baitiah hanya mengangguk. Namun tangannya masih mengalih siaran. “Bukankah kamu selalu merungut, ada banyak kerja. Buatlah kerja kamu” Afifah mulai membebel. Buku dan notanya mulai disusun, sebagai persediaan untuk mentelaah.

Baitiah hanya menggeleng. “Malam..berilah peluang saya berehat..” rengek Baitiah sambil mengelek anak patung Shin Channya. Afifah hanya mencebik. “Bacalah buku. Bertimbun-timbun buku yang kamu beli, satu pun tidak habis dibaca” bebel Afifah. Helaian notanya diselak. Mencari-cari di mana hendak dimulakan pembacaan.

Baitiah masih mengalihkan siaran. “Baitiah.. perbuatan kamu mengganggu sebenarnya..” rungut Hidayah pula. “BDBBUKK!!” Afifah mencampakkan sebuah buku kepada Baitiah. “Visual Basic - How to Program?” Baitiah mengalihkan pandangannya kepada Afifah. “Tutup televisyen itu, dan baca buku!” Afifah memberikan arahan.

Buku itu dibelek-belek. Namun tangan Baitiah masih memicit-micit punat di alat kawaln jauh itu. Puas menukar siaran, dia menukar color dan contrast siaran pula. “Eh..pergilah tidur. Suruh baca buku tidak mahu..” bebel Nasibah pula. Baitiah hanya menggelengkan kepalanya. “Jam baru 9.00 malam. Awal sangatlah nak tidur..”

Tiba-tiba Hidayah bingkas bangun masuk ke bilik. Baitiah hanya memandang dengan ekor mata. Apabila Hidayah keluar semula dari bilik, pandangan semua orang tertumpu pada buku kecil di tangannya. Buku itu dihulurkan kepada Baitiah. “Nah, pergi sembahyang dan wirid lama-lama. Jangan mengganggu orang..” Baitiah hanya tersengih melihat buku Panduan Menunaikan Solat Sunat dan wirid itu.

Baitiah segera bangun dan berlalu ke bilik air. Bukan kerana buku yang diberikan kepadanya, tetapi kerana kayu panjang di tangan kiri Hidayah seakan berkata, “Kalau kamu tidak bangun lagi, akan ku cium kakimu!!”
_________________

Langkahan Cinta Julia Aleeya 2

Sebulan telah berlalu . Semenjak pemergian arwah ke Rahmatullah , diri ini tiba-tiba disapa kesunyian dalam sekelip mata . Aku tidak tahu mengapa . Masih segar dalam ingatanku bagaimana segalanya terjadi . Dalam masa yang singkat , aku bertemu semula dengan keluargaku dan sepantas itu juga , menjadi suami kepada seorang gadis yang baru sahaja aku kenali . Segalanya terlalu pantas buatku . Tanpa perkenalan , tanpa pertunangan , akhirnya lafaz ijab dan kabul terucap jua dibibirku . Termeterailah sudah ikatan antara aku dan Aleeya . Namun , cinta yang ingin ku semai tidak kesampaian . Allah lebih berhak ke atas Aleeya , berbanding diriku yang kerdil ini . Sewaktu melihat wajah arwah dipangkuanku , sayu mula melingkari diri ini . Wajahnya pucat . Namun , matanya berombak sinar menantikan pertemuan yang abadi dengan Ya Rabbi . Itulah kali pertama dan terakhir aku memangku seorang isteri yang baru sahaja kunikahi .

Airmataku tidak terbendung lagi . Berguguran rintik-rintik hiba dipusara arwah yang masih merah itu . Ku hadiahkan sepotong doa agar rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . Aku tertunduk pilu .

“Wan , sudahlah tu . Biarlah Leeya pergi dengan tenang . Abg pun sedih dengan pemergian Leeya . Dialah satu-satunya adik abg . Semua org merasai kehilangan arwah . Sabarlah , Wan,” ucap Irfan .

“Saya tak apa-apa , bang . Cuma terkilan dgn kehilangan arwah . Tak sangka arwah pergi begitu cepat meninggalkan kita semua,” tambahku lagi, sambil melihat kearah batu nesan yg tertulis nama arwah ‘Julia Aleeya’ .

“InsyaAllah . Org yang baik macam Wan ni , pasti akan ada gantinya,” getus Irfan lagi .

“Tiada gantinya Leeya di hati Wan , abg …” aku lantas berlalu meniggalkan Irfan terpinga-pinga sendirian .

“Kita balik , bang ,” kataku lagi .

Aku dan Irfan lantas berlalu pergi meninggalkan pusara itu . Tiada bicara . Aku dan Irfan masing-masing kehilangan org yg disayangi . Disayangi ? Aku ? Inilah pertama kali aku merasakan apa itu kasih dan sayang . Sayang terhadap seorang isteri yang telah pergi untuk selamanya . Aku juga terkejut dengan tindakan arwah sebelumnya . Masih tergambar jelas diingatanku sewaktu aku , mama dan papa menghantar rombongan untuk meminang Aleeya , seminggu selepas pertemuanku dengan keluargaku .

“Eh , Maz , Razlan . Masuklah ! Kenapa tak telefon dulu sebelum datang,” kata Datin Nissa , mama kepada Aleeya .

“Tak apalah . Sebenarnya kami datang ni bawa hajat,” ujar mama sambil tersenyum melihatku . Aku tertunduk malu .

Mungkin kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Aleeya , maka aku tidak dikenali oleh mamanya itu . Datin Nissa seperti bingung melihat kehadiranku di situ .

“Erm…ni siapa Maz ?”, tanya Datin Nissa .

“Ini anak aku , Ikhwan . Saudara kembar pada Iman,” jelas papa pula .

“Eh , bukankah kau kata…”

“Panjang ceritanya , Nissa . Nanti aku jelaskan kemudian ,” jelas papa sambil tersenyum melihatku .

Aku tahu apa yang Datin Nissa ingin katakan . Tapi , papa segera memintas kerana tidak mahu melukakan hatiku .

“Aku datang ni bawa hajat , Nissa,” ujar mamaku lagi .

“Lain macam aje bunyinya ni,” balas Datin Nissa sambil tersenyum melihat mamaku .

“Sebenarnya , kami datang ni nak meminang Aleeya untuk Iman,” kata mama lagi .

Aku tersenyum . Namun jauh di sudut hatiku berkata bahawa Iman sangat beruntung sekiranya memperisterikan Aleeya . Saudaraku itu memang beruntung .

“Oh , macam tu ke ? Aku tak boleh bagi kata putus sebab Leeya tak ada di rumah sekarang . Berilah aku masa ye ? Nanti aku sampaikan hajat kau tu pada Leeya,” tambah Datin Nissa pula .

“Aku kalau boleh nak buat kenduri doa selamat sekali sebab aku dapat bertemu semula dengan anak aku ni . Sekalilah dengan kenduri kahwin si Iman dan Aleeya tu,” kata papa dengan bersungguh-sungguh .

“Ikhwan ni satu kuliah dengan Aleeya , Nissa,” kata papa lagi .

“Ye ke ! Leeya tak pernah beritahu auntie pun yang Wan belajar sekali dengan dia . Aleeya nakal tak kat kampus ?” usik Datin Nissa .

“Takdelah , auntie . Leeya baik-baik je . Lagipun , Wan jarang jumpa dia,” kataku lagi .

“Wan ni pemalu sikit , Nissa . Beza dia dengan Iman,” mama tersenyum sambil memegang tanganku . Aku gembira kerana pertama kali merasai kasih sayang seorang ibu .

Setelah segalanya berjalan lancar , mama dan papa akhirnya meminta diri untuk pulang . Aku dapat melihat riak wajah mereka yang ceria selepas segalanya telah terungkai . Namun , mengapa aku berasa sesuatu akan berlaku ? Ah , mungkin perasaanku saja ! Cemburu ? Mana mungkin aku mencemburui saudaraku sendiri . Lagipun , menurut kata mama , sudah lama kedua-dua belah pihak ingin menyatukan Iman dan Aleeya . Namun , disebabkan Aleeya masih belajar . Jadi , hasrat itu tertunda . Kini , setelah Aleeya hampir menggenggam ijazah , mama dan papa membuat keputusan untuk menyatukan mereka berdua kerana ingin melihat Iman berumahtangga.

Dua minggu telah berlalu . Tetapi , tiada berita tentang peminangan itu . Tiba-tiba , mama dan papa memanggilku . Iman juga turut berada di situ.

“Wan , mama nak cakap sikit boleh ?” kata mama sambil memandang tepat ke arahku .

“Kenapa , ma ?” kataku lagi . Aku semakin gelisah .

“Apa yang kau nak sebenarnya , ha ?!” kata Iman sambil menjeling ke arahku . Aku tidak mengerti .

“Buat-buat tak tahu pulak ye ! Apa yang kau dah buat pada Aleeya , ha ?” templak Iman lagi . Kini dia bangun sambil memandang tajam ke arahku .

“Iman ! Mama tak pernah ajar Iman bersikap macam ni . Bukankah Wan ni kembar Iman ? Mama tak suka anak-anak mama bersikap kurang ajar sesama sendiri !” jelas mama lagi . Namun , aku masih tidak mengerti . Terpinga-pinga dengan tuduhan melulu yang dilemparkan ke atasku .

“Kenapa ni ma , papa ? Apa yang Wan dah buat sampai macam ni jadinya ?” tanyaku lagi .

“Wan…sebenarnya , Aleeya hanya akan menjadi sebahagian daripada keluarga kita sekiranya pinangan itu datang dari Wan sendiri,” jelas papa lagi .

“Apa?!”

Seluruh tubuhku kaku dan membeku . Aku seperti tidak percaya bahawa aku menjadi pilihan Aleeya . Patutlah Iman begitu marah terhadapku. Namun , mengapa aku ? Mengapa tidak Iman ? Aku benar-benar terkejut dengan tindakan Aleeya . Namun , mama dan papa tidak membantah malah menyetujui sekiranya aku menerima Aleeya sebagai isteri . Pada mulanya , aku tidak tergamak untuk melakukan hal yang sedemikian kerana aku tahu , Iman akan terluka . Masakan aku tergamak untuk melukakan hati saudaraku sendiri . Namun , setelah Aleeya berkeras untuk tidak menerima pinangan sesiapa kecuali aku , maka aku menerimanya sebagai isteriku . Walau bagaimanapun , sehingga sekarang aku masih tidak tahu akan jawapannya . Mengapa aku pilihan Aleeya sedangkan pertemuan kami terlalu singkat dan aku pula seorang lelaki yang cacat . Tiada apa yang istimewa padaku melainkan penyakitku yang pelik ini . Putih seluruh tubuh ibarat arca nan kaku melangkah lesu untuk meneruskan hidup .

“Fikir apa tu ?” tiba-tiba Irfan menyapa lamunanku .

“Erm , tak ada apa-apa , bang,” jelasku lagi .

“ Jangan tipulah . Wan teringatkan Leeya kan ?” uji Irfan .

Aku diam . Tiada kata untuk kulafaz . Aku tidak mahu air mata ini mengalir lagi untuk ke sekian kalinya . Biarlah Aleeya damai bersemadi . Aku redha sekiranya itu ketentuan Ilahi untukku .

“Wan , dah nak grad kan tak lama lagi ?” tanya Irfan cuba untuk memulakan bicara denganku .

“Ye . Kenapa abg tanya ?” kataku sambil melontar jauh pandangan ke luar kereta .

“Wan nak kerja dengan keluarga abg?” tanya Irfan lagi .

“Kerja ?”

“Ye , kerja . Sebagai peguam syarikat Perdana Holding,” getus Irfan seraya memberhentikan kereta apabila menghampiri lampu isyarat berhampiran Damansara Height .

“Tapi…”

“Wan fikirlah dulu . Abg tak paksa Wan untuk bekerja dengan Perdana Holding . Cuma , abg lebih percaya dengan kebolehan Wan daripada org lain,” jelas Irfan lagi .

“Maksud abg ?” aku mula bertanya .

“Maksud abg , Wan gantikan tempat abg sebagai peguam di Syarikat Perdana Holdings,” jelas Irfan lagi .

“Abg peguam ke ? Tp , kenapa selama ni Wan cuma nampak abg terlibat dengan designing je,” soal ku kepada Irfan .

“Sebenarnya , abg belajar undang-undang dekat Cambridge University . Lepas tu , bila balik dari sana , abg terniat nak buat business Art and Design . Rasa malas pulak nak teruskan undang-undang ni . Letih la . Kalau Wan nak tahu , design rumah dan ofis tu , semua abg yg buat,” jelasnya kepadaku .

“Lah , ye ke !”

“Dari situlah timbulnya konflik antara abg dan papa . Papa mahu abg bertindak sbg Peguam di Perdana Holding . Tapi abg tolak . Abg berkeras tidak mahu sbb abg dah ada syarikat sendiri,” jelas Irfan dengan teliti .

“Jadi , itulah puncanya abg bermasam muka dengan papa ?” tanyaku ingin mendapatkan kepastian .

“Ye . Sebab tu abg duduk di luar . Sejak dr hari itu , hubungan abg dan papa semakin renggang .Abg tak boleh terus hidup bertegang leher dgn papa . Sedangkan papa setiap hari memaksa abg . Walau macam mana pun , abg bersyukur kerana punya adik seperti Leeya . Leeya sanggup memikul tanggungjawab menjadi peguam di Perdana Holding walaupun minat asalnya bercanggah dari apa yg dipelajarinya,” jelas Irfan lagi .

“Wan tak faham . Apa maksud abg ? ” aku kurang jelas .

“Leeya suka seni . Sejak kecil lagi abg selalu temani dia belajar bermain macam-macam alat muzik di luar . Sewaktu kecilnya , arwah selalu bernyanyi lagu-lagu asli dan kerap kali juga memenangi petandingan . Lucu bila abg imbas kembali saat-saat arwah semasa dia masih kecil . Abg tahu minat dia lebih pada bidang seni . Namun , kerana tak mahu merumitkan keadaan antara abg dan papa , Leeya bersetuju untuk belajar undang-undang,” jelas Irfan dengan panjang lebar .

Terkedu aku seketika . Aku tidak menyangka arwah isteriku seorang yang suka pada seni . Kerapkali juga aku melihatnya bermain alat muzik bersama pelajar-pelajar orkestra kampus dalam beberapa acara yang lalu . Waktu itu , aku tidak mengenalinya . Selepas Irfan menceritakan semuanya padaku , baru aku teringat akan seorang gadis yang selalu muncul dengan alat-alat muziknya di pentas . Dialah Aleeya .

“1 message received…”

Lamunanku terhenti apabila menerima pesanan ringkas itu . Aku lantas membacanya .

“Wan , boleh aku jumpa kau hari ni . 5.30 ptg di Masjid Putrajaya- Mira ”

Mira ? Kenapa dia tiba-tiba ingin bertemu denganku ? Getus hatiku sendiri . Hari ini ? Masjid Putrajaya ? Aku semakin gelisah .

Setelah hampir 45 minit aku dan Irfan meredah laluan jalan , akhirnya aku sampai di rumah . Aku mengajak Irfan masuk , namun dia memilih untuk pulang kerana masih ramai tetamu yang datang berziarah . Aku mengerti . Jadi , aku membiarkan Irfan pulang agar dia dapat menguruskan keluarganya .

Hatiku semakin sebak apabila melangkah masuk ke halaman rumah . Aku masih ingat lagi dua hari sebelum majlis pernikahan kami berlangsung , Aleeya telah menanam sepohon bunga kemboja di tepian kolam di laman ini. Waktu itu ia masih segar dan merimbun . Namun , setelah arwah tiada , ia seperti lesu tidak bermaya . Ibarat mengerti akan kehilangan sang puteri yang menanam kemboja ini dengan kasih sayangnya . Aku masih ingat akan kata-katanya ;

“Kemboja ni putih , sama seperti putihnya diri kita saat dilahirkan . Tapi , Leeya risau kalau kepulangan Leeya bercorak noda kehitaman …”

Terduduk aku mengingati kata-katanya . Tidak kusangka Aleeya benar-benar pulang ke pangkuan Yg Esa . Aku menyentuh kemboja di taman. Layu lantas kering berguguran . Ibarat hilangnya nadi sebuah kehidupan selepas Aleeya kembali ke Rahmatullah . Tidak akan kubiarkan kemboja ini terus mati . Akan kusuburkan kembali sebagaimana arwah lakukan sebelum pemergiannya .

“Allah huakbar… Allah huakbar…”

“Eh , dah azan . Baik aku solat dulu sebelum ke putrajaya,”

Selepas selesai mengerjakan solat , aku lantas mengatur langkahku ke Masjid Putrajaya . Aku semakin bingung . Mengapa Mira hendak berjumpa denganku ?

“Ah , sangka baik sudahlah,” getus hatiku .

Aku terus menaiki kereta menuju ke Putrajaya . Mujur sahaja hari ini tidak banyak kereta yang keluar masuk . Kalau tidak , pasti aku akan kelewatan daripada janjiku . Setelah tiba di perkarangan Masjid Putrajaya , aku lantas meletakkan kenderaanku di tempat yang telah disediakan . Aku mengambil tongkatku lantas berjalan mencari kelibat Mira . Dari suatu sudut aku terpandang seorang gadis yang seiras Mira . Namun , gadis itu bertudung .

“Erm , tidak mungkin Mira,” lantas aku berlalu dan mencari akan kelibat Mira di sekitar kawasan itu .

“Wan !”

Aku menoleh ke belakang apabila namaku dipanggil oleh seseorang .

“Mira ?”

Masha Allah . Mira sudah bertudung rupanya . Pasti arwah akan tersenyum gembira apabila mengetahui sahabatnya ini telah berubah .

“Kenapa kau pandang aku macam tu ? Kau tak pernah nampak org ke?” marah Mira .

“Aku bersyukur tgk perubahan kau . Kalau Leeya masih hidup , dia pasti gembira,” jelasku lagi .

“Aku jumpa kau ni sebab nak serahkan benda ni,” kata Mira sambil menghulurkan sebuah buku berwarna biru kepadaku .

“Apa ni ?” tanyaku ragu .

“Ini diari peribadi arwah sejak dia mulakan pengajiannya di kampus . Aku rasa , kau lah org yang paling berhak untuk menyimpannya . Ambillah,” kata Mira dengan bersungguh-sungguh .

“ Tapi , dairi yang dulu tu…”

“Itu bukan diarinya , tapi sekadar buku yang tertera…”

“Tertera sajak luahan hatinya…” pintasku lagi .

“Ye , itu hanya buku yg melakar segala sajak yang di tulis oleh arwah. Tapi , diari ni adalah jawapan bg segalanya . Aku tahu kau mesti pelik mengapa arwah secara tiba-tiba memilih kau menjadi suaminya,” jelas Mira kepadaku .

“Aku tak faham maksud kau ,” kataku .

“Bacalah diari ni . Kau akan tahu nanti,” jelas Mira lagi .

“Aku balik dulu . Maaf sebab aku ada kerja yang perlu aku uruskan . Aku harap kau dapat fahami isi diari ini . Kerana kau akan tahu , mengapa kau pilihannya,” jelas Mira seraya berlalu pergi meninggalkan aku dan Diari itu .

Aku rungsing . Takut , gentar dan segala perasaan bercampur aduk dalam mindaku . Jadi , aku teruskan langkahku ini masuk ke dalam Masjid Putrajaya . Ku lakukan solat sunat Tahiyatul Masjid dan berniat utk ber’iktikaf di situ . Ku alunkan beberapa potong ayat Al-Quran bg menghilangkan resah di jiwa yag lara . Akhirnya , dengan seribu kekuatan , aku membuka lembaran diari itu .

-“Ya Allah , mengapa kau beri dugaan begini kepadaku ? Keluargaku sentiasa sibuk dgn urusan dunia . Sedangkan aku bertarung nyawa dengan penyakit yg kualami”

-“Aku tahu aku tidak boleh bertahan lama. Aku tidak mampu melawan takdirMU. Namun , kau berikan aku insan yg menghulur semangat padaku. Dia cacat , tp teguh mencari segenap ilmu. Kuatkanlah semangatku sebelum ajal menjemputku ya Tuhan”

-“Aku punya keluarga yg kaya. Namun , aku miskin dgn kasih sayang. Tiada erti hidup ini jika harta jd sandaran. Namun , setiap kali melihat hambaMu yg cacat itu , bertongkat ke sana sini . Kdg kala tersisih dr rakan2 , dia tetap tabah. Aku kagum dengannya Ya Tuhan.”

-“Izinkanlah aku menjadi isterinya , walau hanya sehari ya Tuhan. Perkenankanlah bicara hati hambaMu ini. Kerana bgku , mencintai insan yg mencintaimu adalah harapan bgku selama ini”

-“Terima kasih ya Tuhan kerana menjawab Istikharahku. Aku yakin dgn jawapanMu ini.”

Mengalir airmataku tatkala membaca diari ini . Baru aku menyedari bahawa selama ini , Aleeya hanya memandangku dari jauh dan menyimpan harapan terhadapku , hamba yang hina ini. Aleeya memandangku dgn pandangan yang suci . Hati yang luhur dan bersih kerana cintanya pada Ilahi. Pilihannya hadir dr nur yg suci mengharap kasih Ilahi . Langkah cintanya terpandu dgn pimpinan Ya Rahim . Namun , diri ini hanya insan biasa yg tdk pernah lari dr melakukan dosa. Sekiranya kau tahu , bahawa diriku bukanlah semulia tafsiran dirimu . Betapa mulianya hatimu mendoakan aku selama ini. Terima kasih Ya Tuhan kerana mempertemukan jodohku dengannya . Jauh di sudut hatiku , Aleeya tetap bersemadi . Permaisuri yg selamanya bertakhta di lubuk hati ini .

“Maafkan abg Leeya , Abg tidak mampu menunaikan hasrat Leeya yang terakhir . Tidak akan sesekali aku melakukannya . Tidak mungkin . Maafkan abg Leeya,” hatiku berkata sendiri .

Sesungguhnya aku tidak mampu . Biarlah aku begini kerana Tuhan itu Maha Mengerti . Lalu , aku mengahantar satu pesanan ringkas buat seseorang ;

“Maafkan aku , Mira . Aku tak boleh mengahwini kau . Walaupun ini permintaan Leeya , sahabat karib kau sendiri . Maafkan aku , Mira . aku tak mampu . Langkahan cinta Aleeya tetap bersemi di hatiku . Julia Aleeya tetap isteriku selamanya . Dunia dan akhirat,”

Written by : Shiratul Iman IIUM 2006
_________________
" Kerana Iman & Cinta "

Langkahan Cinta Julia Aleeya 1

Aku menyusur laluan pelajar yang sibuk mengharungi hari-hari mereka dengan buku dan nota . masing-masing sibuk dengan kuliah dan tugasan yang di beri . aku berjalan menyusuri likuan yang sentiasa sesak dengan pelajar yang semakin bertali arus . aku terfikir . serasa sekujur tubuh terlalu lelah dengan hangar bingar tawa para siswa dan siswi yang lalu memintas arus pandanganku .

‘mana mira ni ?’

aku menunggu kehadirannya . mira sahabat karibku . kami biasa bersama menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran dan membincangkan soal masa depan . soal masa depan ? ah ! aku letih mendengarkan persoalan ini .

‘1 message received’…

‘leeya , balik awal sikit eh hari ni . mama ada hal nak bincang dengan leeya . I’ll wait for you at home . ask irfan to fetch you up’

aku menutup semula inbox telefonku . aku sudah tahu apa yang mama mahu bincangkan dengan aku .

‘herm…tak payahlah suruh abg irfan ambil . aku boleh balik sendiri’

hatiku berbicara sendiri . lelah memikirkan segala yang berlaku dalam keluargaku . abg dengan dunianya sendiri . dia juga semakin jarang pulang ke rumah . aku jua yang sendirian . menulis dan membaca sudah menjadi lumrah sejak abg tiada . rumah ibarat sunyi tanpanya . sekiranya abg masih tinggal bersama aku , mama dan papa , pasti aku tidak kesunyian kerana pada abglah segalanya kuluahkan . namun aku mengerti akan keputusan abg. Walaupun abg jauh dariku , namun dia tetap mengambil berat ttg diriku . Cuma , abg masih terlalu memikirkan hal silam yang berlaku antara dirinya dan papa .

‘ah ! lelaki sama-sama ego . baik papa , baik abg , sama saja’

getus hatiku lagi memikirkan mereka berdua .

‘leeya , I’m so sorry ok’

‘apsal lambat ? dah lama aku terpacak kat sini tau . tunggu mak datin ni tak datang-datang . kau pergi mana ?’

‘aku ada hal tadi’

‘ha , yelah tu’

kataku lagi . tiba-tiba badanku terasa sgt lemah . tidak tahu mengapa . akhir-akhir ini seperti dihempap bebanan yang sgt besar pada diriku .

‘kau ok tak ni ? eh , anyway , tadi aku nampak ‘pak ustaz’ kau yang special tu’

‘eh , cakap apa ni mira ? ke situ pulak dia . suka tgk bukan bererti cinta tau tak . jgn nak merepek eh’

‘leeya , aku nak cakap dgn kau sikit , boleh ? dalam byk2 lelaki kat kampus ni , kenapa ‘pak ustaz’ yg pelik tu jugak yang kau suka . kau ni dah hilang akal apa’

‘mira ! kan aku dah bilang tadi . aku just suka tgk cara dia . lagipun , dia baik . tak elok kau cakap macam tu ttg dia’

‘aku tak kata dia jahat . tapi , sejak 1st year lagi kau asyik perhatikan budak pelik tu . sampai aku ni jadi pelik tgk perangai kau . ha , mama kau tu dah sibuk nak jodohkan kau dgn iman . tp kau , asyik dok sibuk nak investigate

‘pak ustaz’ sorang tu . apsal?’

‘kau ni sejak bila jd PA mama aku ni . aku dah malas nak fakir pasal soal jodoh ni tau . aku tahu kenapa mama dan papa nak jodohkan aku dgn iman . ni semua sbb perdana holding kan?’

‘tp leeya , ini utk kebaikan kau’

‘kebaikan kau kata ! kerana hal ni lah dulu , abg irfan lari dari rumah . merajuk sampai sekarang tak nak bertegus sapa dgn papa . krn perdana holding tu lah aku kehilangan kasih sayang seorang abg yg dulu sentiasa ada bersama dgn aku . kau kata itu kebaikan !

‘terpulanglah pada kau , leeya . aku just sampaikan je apa yg patut aku sampaikan . lagipun , tak salah kalau kau jadi ahli keluarga datuk razlan tu . dorg sayangkan kau…’

‘dorg sayangkan perdana holding tu . bukannya aku !’

‘tapi iman sayangkan kau kan?...’

aku terkedu . tiada bicara untuk ku lafaz . aku tahu iman pernah menghantar rombongan untuk meminangku sewaktu aku masih mengerjakan umrah dua tahun yang lalu bersama abg . tapi , jawapan utk itu masih tertunda kerana aku masih punya sesuatu untukku langsaikan . entahlah , seperti ada sesuatu pada ‘pak ustaz’ itu yg membuatkan aku rasa , aku perlu berbicara dgnnya setelah sekian lama .

‘eh , boleh kau hantar aku balik . aku tak larat rasa nak balik sendiri’

‘la , kenapa tak suruh iman ambil . nescaya dgn sepantas kilat dia akan sampai kat kampus ni’

‘banyaklah kau ! tak nak aku balik berdua dgn dia ! berdosa tau tak ! nanti tuhan marah’

‘yelah ustazah ! ha , mmg padan sgt lah kau dgn ‘pak ustaz’ kau tu . hish , pelik aku tgk budak ni’

‘dah lah , jgn membebel lagi . jom hantar aku balik’

‘yelah…yelah…’

***
sesampainya di rumah , aku mengajak mira utk singgah sebentar . Namun , mira ada urusan lain untuk diuruskan di luar .

‘mak mah , mama dah balik ke?’

‘cik puan ada kat dalam leeya . cuba tgk kat bilik bacaan tu’

aku sekadar tersenyum . sejuk hati melihat wanita yg seusia dgn nyai ku , berkebun di halaman rumah . mak mah sudah lama bekerja dgn keluargaku . sudahku anggap seperti ahli keluargaku sendiri .

‘leeya sakit ke , nak . kenapa muka leeya pucat ? tak sihat ke ?’

‘penat sikit mak mah . byk kerja . sbnrnya , byk buku kena baca . tu yg sakit kepala’

‘peguam kena byk baca kan ?’

‘ha’ah mak mah . leeya masuk dulu ye’

‘masuklah berehat dulu ye’

aku lantas melangkah masuk ke dalam ruang rumah yg sepi . tiada penghuni. Kalau dulu abg ada di rumah . namun kini , dia sudah tinggal berasingan dgn kami . papa mmg jarang ada di rumah krn sibuk menguruskan perdana holding . mama pula sering keluar negara kerana membantu papa menguruskan hal syarikat di sana . mama pulang ni pun kerana kerjanya tidak banyak .

‘mama’

‘oh , leeya . masuk , sayang . leeya dah makan ?’

‘belum mama’

aku lantas mencium tangannya . lama aku tidak bertemu dengan mama .

‘kenapa anak mama ni nampak pucat aje . tak sihat ke?’

‘leeya penatlah mama . kerja kat kampus byk . erm , ntahlah . leeya yang lambat pick up subjek kot . sebab tu jadi byk’

‘anak mama ni macam dah putus asa je ? kenapa ni sayang ? siapa yg dah ganggu ketenangan putri mama yg sorg ni?’

‘takde siapa , ma . Cuma…’

‘Cuma apa , leeya ?’

‘leeya rindukan abg…

mama terdiam . aku tahu dia juga sepertiku . ibu mana yg tak sayangkan anaknya sendiri .

‘mama sebenarnya dah lama pujuk irfan suruh balik rumah . tp irfan tetap tak nak . mama dah tak boleh buat apa lagi leeya . papa pun mcm dah tak nak bincang lagi ttg hal ni’

‘takpelah ma . lambat laun nanti , abg dgn papa pasti akan berbaik semula’

‘mama sbnrnya ada hal nak bincang dgn leeya’

‘hal apa ma ?’

mama tersenyum sambil mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna baldu merah , dan menghulurkannya kepadaku . aku tergamam ! kelihatan sebentuk cincin emas di dalam kotak itu .cantik sungguh ukiran cincin ini . aku mengeluarkannya dan melihat akan cincin tersebut dgn lebih dekat . aku terpandang akan ukiran halus bertanda ‘aleeya’ di dalam cincin tersebut .

‘cincin ni dr iman . iman bilang pada mama , dia malu nak jumpa leeya . jd , iman minta mama sampaikan cincin ni pada leeya’

‘leeya…’

‘mama harap leeya dapat penuhi permintaan papa dan mama ni . lagipun , kalau leeya kahwin dgn iman , leeya akan dapat menjadi waris kepada syarikat datuk razlan . senang hidup leeya kemudian hari’

‘mama dan papa nak kahwinkan leeya dgn iman sbb syarikat ke ? perlukah leeya korban kan segalanya demi perjanjian mama dan papa dgn keluarga datuk razlan ?’

‘leeya anak yg baik . turutilah kemahuan kami ye . mama tak nak tgk papa marah lagi’

‘mama , leeya naik atas dulu ye . nanti leeya fikirkan kemudian’

aku melangkah lesu . seraya terlihat cincin itu , aku teringat kepada iman . mengapa harus iman menuruti sahaja kemahuan keluarganya ? aku sedar sejak kecil kami berdua mmg rapat . tapi , itu bukan bermakna aku harus menjadi isterinya , dan sekaligus menjadi titian untuk kedua belah pihak memperdagangkan aku sbg bahan urusniaga mereka ?

‘ah , bosanlah ! baik telefon abg . boleh ajak dia keluar ‘

getus hatiku lagi .

‘assalamualaikum . along , jom keluar !’

‘waalaikumussalam wahai adindaku yg cantik rupawan’

‘apa along ni ? dah buang tebiat ke ?’

‘alah , saje nak gurau dgn leeya tak boleh ke ? ni bukannya nak tanya kabar along baik ke , tak ke . terus je nak ajak pi keluar . leeya nak belanja ke ?’

‘leeya budak kecik . mana ada duit . along lah belanja . kita keluar jom ! leeya dah lama tak jumpa along . along bukannya nak balik rumah . sampai bila nak merajuk ? tak malu eh ? dah tua2 bangka macam ni pun nak merajuk lagi’

‘eh , along belum tua tau ! masih handsome dan macho lagi ! baru 26 tahun . tu bukan kategori bangka tau !’

‘ha yelah . malas nak cakap dgn along ni . leeya siap kejap . along ambil leeya kat kl central ek ? pastu kiter pi makan kat kedai mamak kat wangsa tu. Cepat tau , long !’

‘hish , adik aku sorg ni ! kalau bab-bab planning ni , mmg pandai je eh . ha yelah ! mak datin cepat sikit siap eh . jgn lama2 . berjanggut along tunggu kat kl sentral tu’

‘ok , assalamualaikum’

‘waalaikumussalam’

aku lantas mengambil gaun merah jambu dipadankan dengan tudung berwarna krim lembut dan sarung kaki ‘wardah’ pemberian along semasa di madinah dulu . aku lantas mencapai beg dan terus meluru keluar mencari teksi untuk ke stesen kl sentral . aku terasa sgt gembira dpt bertemu abg ku hari ini .

***
setibanya aku dikampus . telefonku mula berdering .

‘assalamualaikum , leeya . boleh saya jumpa awak sekejap . saya ada kat depan bangunan admin skrg’

‘ha ! erm…s…saya…’

‘sekejap je leeya’

‘erm…ok’

aku terus mematikan telefonku . aku terkejut dgn kehadirannya pada pagi ini. Mengapa sampai perlu ke kampus ? bukankah masih ada waktu lain untuk berjumpa ? datang sahajalah ke rumah . mama dan papa ada di rumah waktu tu . kebetulan mira ada di situ , aku terus mengheretnya sekali untuk bertemu iman .

‘iman , ada apa awak nak jumpa saya ni ? Kenapa tak datang rumah je ?’

‘saya telefon awak semalam tapi , awak tiada di rumah . awak ke mana ?’

‘saya keluar dgn along semalam . leeya , malam ni mama saya jemput awak dan keluarga ke rumah . datang ye !’

‘insyaAllah , kalau takde apa2 aral , kami datang’

‘baiklah , saya minta diri dulu . saya perlu balik ke ofis semula sbb ade temujanji dgn papa awak ttg projek kat damansara tu’

‘baiklah , baik2 jalan ye’

aku hanya tersenyum sahaja melihat pemergiannya . namun , ada sesuatu yg lebih menarik perhatianku . aku terlihat kelibat ‘pak ustaz’ menaiki tangga admin di hadapanku . aku lantas mengajak mira menemani aku menuruti langkahnya dr jauh . tiba-tiba , ada sesuatu yg terlepas dr kelekan buku yg di bawa olehnya . aku lantas mengambil kertas yg terjauh itu dan membeleknya.

‘eh , bukan ke ni…’

aku meminta mira agar tidak meneruskan perkataannya itu . dikhuatiri akan terdengar oleh ‘pak ustaz’ itu .

‘ikhwan muslim…’

baru aku tahu rupanya ‘pak ustaz’ ini bernama ikhwan muslim . dr kepingan yg aku jumpai ini , wujud persoalan yg besar di benakku . namun , ini merupakan satu alasan untuk membolehkan aku berbicara dengannya .

***
aku menjadi lesu bila tiba di perkarangan banglo datuk razlan . aku akui landskap dan rekaan rumahnya sgt cantik . namun , aku lebih mengidamkan sawah padi dan sungai yg mengalir menyusur di setiap batasnya . alangkah indahnya . aku mula leka memikirkan keindahan panorama sebuah kampung.

‘leeya , teringat apa tu’

‘eh , datin . leeya ter…’

‘janganlah berdatin2 leeya . panggil sahaja mama . tak lama lagi kan leeya akan jadi menantu kami’

‘ha…’

aku terpinga2 mendengar kata2 mereka . mama dan papaku hanya tersenyum sahaja . malah iman juga turut gembira mendengar penjelasan itu . ah , walau apa pun , keluarga datuk razlan pasti punya jawapan atas apa yg kutemui di kampus tadi .

setelah habis makan malam , kami berkumpul di ruang tamu rumah datuk razlan . seperti biasa , perbincangan mereka pasti berkisar ttg aku dan iman . dan pasti jua akan disusuli dgn projek antara perdana holding dan multi interact berhad . aku semakin bosan . bosan mendengarkan perbincangan yg langsung tidak menarik minatku . tiba2 aku terpandang sebuah foto keluarga yg terletak di hujung sudut rumah tersebut .

‘kenapa sama…’

bicara hatiku . aku punya idea . lantas aku mengajak iman untuk mengambil angin di luar supaya aku dapat bertanyakan sesuatu kepadanya .

‘iman , boleh tanya sikit’

‘apa dia ?’

‘sebenarnya , iman ada berapa orang adik beradik ?’

‘kenapa ?’

‘takdelah , saje je tanya . sbb nampak gambar kat dalam tu macam ramai . tapi leeya cuma nampak iman sorg je kat rumah ni’

‘oh , iman ade seorang abg dan kakak . tapi , mereka dah meninggal dunia 7 tahun yg lalu , kerana kemalangan jalanraya’

‘innalillah hiwainnailaihi rojiun . maaf , leeya tak tahu . erm , yg lagi sorg tu sape . nape nampak cam pelik je ?

‘yang lagi sorang tu saudara kembar iman’

‘saudara kembar ?’

‘ye , saudara kembar . tapi iman tak pernah jumpa dia sbb gambar tu diambil masa kami masih kecil . mama kata , saudara kembar iman tu dah meninggal’

‘meninggal sebab apa ?’

‘tak tahulah . Cuma , mama ada cakap arwah meninggal sbb penyakit pelik’

‘penyakit pelik ?’

aku semakin tergamam apabila mendengar keterangan dr iman . seperti tidak percaya . namun , aku cuma ada separuh jawapan dr persoalan ini . separuh lagi ada pada ‘pak ustaz’ itu atau lebih elok kalau kini ku gelarkan dia ikhwan . apa pun , esok aku akan pastikan aku berjumpa dgnnya .

***
aku terlihat ikhwan sedang khusyuk membuat nota . lantas aku beranikan diri untuk menghampirinya setelah bertahun lama aku memerhatikannya dr jauh .

‘assalamualaikum . awak ni ikhwan muslim ke ?

‘ye , saya . kenapa ?’

‘erm , semalam saya ternampak awk tercicir gambar ni . saya tak sempat nak kejar . jadi , saya pulangkan hari ni’

‘oh , terima kasih byk2 ye . saya ingat saya takkan jumpa lagi dgn gambar ni . Cuma ni sahajalah satu2nya yg tinggal’

‘gambar ni nampaknya macam dah lama’

‘ye , gambar ni saya dapat masa saya berada di rumah anak2 yatim . mereka kata , ini sahaja yg mereka dapat dr keluarga saya’

‘keluarga awak di mana sekarang ?’

‘mengapa awak tanya ?’

‘maaf sekiranya saya bertanya . Cuma gambar ini macam pernah saya lihat sebelum ini’

aku sekadar mengukir alasan kerana inginkan penjelasan diatas perkara semalam .

‘mereka kata , keluarga saya meninggal dalam kemalangan sewaktu saya masih kecil . saya tak punya sesiapa . hanya gambar ini sbg pengubat rindu saya di kala sepi teringatkan ibu dan ayah’

‘kalau tak keberatan , boleh saya tahu siapa nama ayah awak ?’

‘Syed Ahmad Razlan’

‘Syed Ahmad Razlan….!

‘boleh awak ikut saya mlm ni’

‘ha ?!!!...’

***
‘helo , boleh saya bercakap dengan datin maznah’

‘siapa di talian ?’

‘saya Julia Aleeya’

‘oh , anak datuk irshad ke?’

‘ye saya . boleh saya bercakap dgn datin sebentar ?’

‘baiklah . saya akan sambungkan terus talian cik aleeya kepada datin’

‘terima kasih ye’

aku menunggu dgn penuh debar .

‘aleeya ! apa kabar sayang ! ada apa tiba2 telefon mama ni ?’

‘erm , datin…leeya ada hal nak tanya datin . boleh tak leeya dtg rumah datin malam ni ?’

‘eh , jgnlah berdatin2 dgn saya , leeya . kan saya dah cakap dulu . panggil mama sudahlah ye’

‘erm , baiklah mama . boleh leeya dtg rumah mlm ni ?’

‘ada apa leeya ?’

‘leeya ada hal nak tanya mama sikit’

‘oklah , nanti mama suruh iman jemput’

‘eh , tak payah mama . leeya dtg dgn mira nanti ye’

‘kalau macam tu , mama tunggu kat rumah ye sayang . ok , daa’

aku meletak gagang telefon . mira pasti terkejut dgn siapa yg dibawanya malam ini . apa yg pasti , aku mahu merungkai apa yg terlah terjadi sebelum ini .

***
‘kau tunggu sini . aku nak jemput kawan aku . dia akan ikut sekali’

‘siapa ?’

‘nanti kau akan tahu’

‘pelik betul perempuan ni’

aku membantunya membukakan pintu kerana melihatnya menggunakan tongkat untuk berjalan .

‘inilah kawan aku . Ikhwan . ikhwan…ni mira . kawan baik saya’

‘apa khabar ?’

‘erm…khabar baik’

‘kenapa kau pandang aku mcm tu , mira ? jalanlah , kita nak pergi rumah iman kan?’

‘kenapa kau tak cakap dgn aku yg kau bawa ‘pak ustaz’ ni sekali ?’

‘nama dia ikhwan . bukan pak ustaz’

dr cermin sisi , aku dapat melihat ikhwan hanya memandang ke luar tingkap sahaja . aku faham apa yg tidak mahu terlihat olehnya .

‘kenapa kau bg tahu aku awal2 . dahlah aku tak pakai tudung’

‘kenapa ? mira , jgn kadi hipokrit . kau bertudung hanya bile ternampak org2 yg sespesis dgn ikhwan ni je , ke ? habis tu , niat kau tu sbnrnya sbb nak tutup malu . kalau mcm tu , serupa je tak payah pakai tudung . apa bezanya kalau kau pakai hari ni , esok kau buka jugak . ada beza ke ?’

‘kau nak kenakan aku ke leeya’

‘aku bukan nak kenakan kau . tapi , aku sedih bila tgk kau mcm ni . kau cantik . tapi , cantik kau bukan untuk diperagakan . tutuplah dgn pakaian yg sopan , agar ia lebih terpelihara’

semua terdiam . aku terlihat ada sekilas senyuman dr wajah ikhwan . walaupun pandangannya hanya dilontarkan ke luar tingkap kereta .

‘hah , dah sampai pun . marilah kita masuk’

‘ni rumah siapa ? cantik , indah rumah ni . tak pernah saya sampai ke banglo sebesar ni’

‘nanti awak akan tahu . jom masuk’

mira hanya menuruti kami dr belakang .

‘assalamualaikum . apa khabar mama ?’

‘eh , leeya . dah sampai pun . marilah masuk . iman dan papa pun ada kat dalam . marilah . ajak kawan2 tu masuk sekali’

iman baru turun dari tingkat atas terus menyapaku .

‘ni siapa leeya ?’

‘kawan’

aku lantas berlalu dan duduk di ruang tamu .

‘mama , papa . leeya nak tanya sesuatu boleh ?’

‘tanyalah . apa dia leeya ?’

‘iman pernah beritahu leeya , dia ada saudara kembar . boleh leeya tahu siapa nama dia ?’

‘kenapa leeya tanya ?’

‘adakah nama dia ikhwan muslim bin syed ahmad razlan ?’

‘ye…ye , leeya ! dr mana leeya tahu semua ni ?’

‘insan yg telah meninggal kerana penyakit yg pelik ?’

seisi ruangan terdiam . aku dapat melihat riak keriasauan di wajah datuk razlan . begitu juga ikhwan yg tidak mengerti dan iman yg sentiasa menjeling cemburu kearah ikhwan .

‘ye leeya . mama dapat tahu anak mama telah meninggal kerana penyakitnya. Sekiranya dia masih ada , pasti dia sebaya dengan iman . walaupun mereka kembar . tp , mereka tak seiras . tapi kenapa leeya bertanya ?’

soalan tidak terjawab . aku terlihat datuk razlan cuba binkas bangun utk mengelakkan diri dr perbincangan ini . aku lantas menyapa .

‘papa nak ke mana ?’

‘papa ada kerja sikit leeya’

‘tunggulah sekejap papa . leeya nak kenalkan seseorang . mama , papa , iman…ini ikhwan muslim , anak mama dan papa yg selama ini disangka telah meninggal dunia’

ikhwan tersentak . datin maznah lantas bangun dan mendekati ikhwan . dia memegang tangan kanan ikhwan dan seraya melihat pergelangannya . terlihat tanda hitam berbentuk hampir bujur di pertgelangan tangannya itu .

‘wan , anak mama…’

‘mama !’

ikhwan yg sukar bergerak lantas rebah dipangkuan datin maznah kerana terlalu rindu akan pertemuan yg tidak pernah di duga . datin maznah mengusap lembut rambaut anaknya itu . iman terkedu melihat apa yg berlaku di depan mata . datuk razlan pula seolah2 tidak selesa dan risau dgn apa yg dilihatnya .

‘abg ! apa semua ni ! mengapa dulu abg kata pada saya , ikhwan ni tiada . sedangkan dia masih hidup . abg larang saya menziarah kuburnya . apa semua ni , bang !’

‘m…maafkan abg maz . abg sbnrnya malu dengan pandangan org ramai sbb ada anak yg cacat . abg malu . maafkan abg , maz’

‘abg ! dia anak kita bang ! walau macam mana pun ikhwan…dia tetap anak kita ! abg malu punya anak ber’balau’ seperti ikhwan ni ? apa yg telah abg buat semasa saya dan iman ditahan di hospital dulu’

‘abg hantar ikhwan ke rumah anak2 yatim , maz’

‘apa !!! tergamak abg buat begitu pada anak kita !’

ikhwan hanya tertunduk . aku dapat melihat ada airmata yg mengalir membasahi wajahnya yg suram . Ikhwan seorang anak yg cacat kerana menghidapi sindrom ‘albino’ iaitu putih seluruh badan dan rambut serta kurang daya ketahanan badan semasa kelahirannya . dgn tidak semena-mena , datuk razlan terus mendapatkan ikhwan dan memeluknya .

‘maafkan papa , wan . maafkan papa . kerana darjat , pangkat dan harta , papa sanggup buang wan jauh dr keluarga’

‘wan faham , papa . inilah pertama kali wan dapat bertemu dgn keluarga yg hanya dapat wan lihat dlm sekeping gambar selama ini’

ikhwan lantas mengeluarkan gambar tersebut dan menunjukkannya kepada datin maznah dan datuk razlan .

‘iman , ini saudara kembar iman . marilah iman’

iman melangkah penuh lesu . tanda tanya terpahat di wajahnya .

‘kamu berdua saudara kembar yg terpisah kerana keegoan dan sifat tamak haloba yg ada pada papa . papa lupa siapa diri papa asalnya . papa berjaya skrg pun krn bantuan papa leeya’

‘maafkan papa leeya . sebenranya , papa nak jodohkan leeya dan iman kerana papa mahu membolot semua harta dan asset datuk irshad . papa tamak , leeya . maafkan papa’

‘leeya dah lama maafkan papa . leeya mahu menjadi salah seorang dr keluarga datuk razlan . leeya akan beritahu kemudian’

aku dan mira lantas meminta izin pulang dan meninggalkan ikhwan bersama dgn keluarganya . aku gembira dapat menyatukan kembali sebuah keluarga yg terpisah dan membetul kembali keadaan yg menjerat masa depanku selama ini . kini , aku punya hasrat terkahir sebelum perjalanan ini terhenti .

***
‘ini permintaan leeya maz . sbg seorang ibu , aku tak akan menolaknya’

‘siapa pun pilihan leeya . aku setuju’

‘terima kasih maz . maafkan aku’

Suasana penuh riang . abg pulang jua , namun masih dingin dgn papa . aku , masih di bilik yg indah di hias bak istana kayangan ini . aku duduk di atas katil , sambil memerhati hantaran yg siap di gubah . cantik . namun , mengapa lesu kurasakan . letih . lelah . seperti ada beban menghalang . di luar aku terdengar suara yg kuidamkan selama ini .

‘aku terima nikahnya Julia Aleeya binti Datuk Irshad dgn mas kahwinnya RM 22.50 , tunai…’

sah ! aku rebah . tidak terdaya untuk berdiri . terdengar derupan kaki melangkah menuju ke bilik .

‘leeya !’

suara ikhwan kedengaran melihat aku telah rebah ke bumi . dia lantas memangku ku dan berselawat sambil mengucup dahiku yg dilitupi tudung pemberiannya , utk pernikahan kami .
‘leeya dah jadi isteri abg ?’tanyaku lesu .

‘leeya isteri abg dunia dan akhirat’

aku tersenyum mendengarnya . nafasku terlalu sukar untuk ku harungi . sempat ku membisikkan sesuatu ikhwan , yg baru sahaja menjadi suamiku .

‘abg , maafkan leeya kerana terpaksa meninggalkan abg . antara dua cinta , leeya memilih untuk bertemu dgnNya . maafkan leeya…a…abg . di…atas meja leeya , ada diari . leeya…tinggalkan u…untuk abg’

‘abg mengerti , sayang’

‘papa…abg irfan….sbmlm leeya pergi , leeya minta satu je . berdamailah …kasihanilah leeya . tunaikanlah….ha…harapan leeya yg terakhir…ni’

‘papa minta maaf leeya . papa terlalu sibuk sehingga papa tak tahu leeya menderita sakit leukemia . maafkan papa dan mama’

‘tak mengapa…abg…a…abg…’aku memanggil suamiku .

‘abg di sini leeya’

‘boleh leeya tidur dipangkuan abg . leeya penat….’

‘mengucap leeya…’

‘La ilahaillah…..’

aku pergi meninggalkan seisi rumah dgn tangisan . meninggalkan ikhwan . mama , papa dan abg irfan . tingallah dunia yg fana buatku . Ya Tuhan , ku mulakan langkah kembali ke pangkuanMu . terimalah langkahku .