Defender Black Red

Wednesday, October 26, 2011

Jodoh 1.1




Arif Alimun yang berasal dari Selangor adalah satu-satunya pelajar Shoubra yang turut memberi respon kepada email Alia. Berumur 25 tahun dan alhamdulillah telah menghafal 30 juzuk dari Al-Quran. Kesopanan bahasa Alia yang berbentuk nasihat dalam emailnya telah mendorong Arif Alimun untuk meluahkan rasa hatinya terhadap Alia. Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi Alia untuk menulis dalam bentuk motivasi dan nasihat kerana dia adalah salah seorang naqibah di Universitinya.
Alia amat bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki seperti yang selalu didoakannya selama ini setiap kali selepas solat. Lelaki yang berilmu , beriman, beramal dan melibatkan diri dalam gerakan jemaah Islam agar dapat membimbing dirinya agar menjadi wanita solehah dan istiqamah sebagai sayap kiri perjuangan. Mudah-mudahan dia memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Lebih menggembirakan Arif Alimun adalah seorang Al-Hafiz Quran. Tidak sudah-sudah Alia membuat sujud syukur.
Proses demi proses telah pun berlalu. Mula-mula bertaaruf dengan lebih lanjut, menghantar gambar dan kemudian proses akhir istikharah untuk menentukan samada bolehkah perhubungan ini diteruskan. Keesokkan harinya dengan penuh rasa tidak sabar bercampur gembira Alia membuka emailnya. Hari ini Arif Alimun hendak memberitahu keputusan istikharahnya. Keputusan Alia sudah positif. Tetapi keputusan istikharah Alia bukanlah diperolehi melalui mimpi tetapi melalui gerak hatinya yang mempunyai keyakinan kuat bahawa jodohnya adalah dengan Arif Alimun. Lagipun kalau ikut Islam jika hanya ada seorang sahaja lelaki yang approach kita dan lelaki itu adalah lelaki mukmin maka haruslah diterima, tidak perlu istikharah pun tak mengapa
.
Kerana istikharah itu sebenarnya untuk mereka yang di dalam dilemma. Mempunyai dua pilihan yang kedua-duanya mukmin dan tidak tahu hendak memilih antara keduanya; (Maka tatkala itulah memerlukan pertolongan petunjuk dari Allah yang mana satu membawa akibat baik bagi diri, agama dan kehidupan pada masa sekarang dan masa akan datang..) bisik Alia kepada hatinya.
Namun email hari itu sedikit menghampakan Alia kerana Arif Alimun tidak memberikan jawapan istikharahnya. Tulisnya dalam email itu ; Belum dapat apa-apa petanda. Setiap kali membalas email Arif Alimun, Alia akan bertanya keputusan istikharah Arif Alimun namun setiap kali itu jugalah dia akan menerima ayat Quran atau hadis hadrat Nabi saw yang menyatakan tentang kelebihan bersabar..

No comments:

Post a Comment