Defender Black Red

Wednesday, October 26, 2011

Jodoh 1.1




Arif Alimun yang berasal dari Selangor adalah satu-satunya pelajar Shoubra yang turut memberi respon kepada email Alia. Berumur 25 tahun dan alhamdulillah telah menghafal 30 juzuk dari Al-Quran. Kesopanan bahasa Alia yang berbentuk nasihat dalam emailnya telah mendorong Arif Alimun untuk meluahkan rasa hatinya terhadap Alia. Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi Alia untuk menulis dalam bentuk motivasi dan nasihat kerana dia adalah salah seorang naqibah di Universitinya.
Alia amat bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki seperti yang selalu didoakannya selama ini setiap kali selepas solat. Lelaki yang berilmu , beriman, beramal dan melibatkan diri dalam gerakan jemaah Islam agar dapat membimbing dirinya agar menjadi wanita solehah dan istiqamah sebagai sayap kiri perjuangan. Mudah-mudahan dia memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Lebih menggembirakan Arif Alimun adalah seorang Al-Hafiz Quran. Tidak sudah-sudah Alia membuat sujud syukur.
Proses demi proses telah pun berlalu. Mula-mula bertaaruf dengan lebih lanjut, menghantar gambar dan kemudian proses akhir istikharah untuk menentukan samada bolehkah perhubungan ini diteruskan. Keesokkan harinya dengan penuh rasa tidak sabar bercampur gembira Alia membuka emailnya. Hari ini Arif Alimun hendak memberitahu keputusan istikharahnya. Keputusan Alia sudah positif. Tetapi keputusan istikharah Alia bukanlah diperolehi melalui mimpi tetapi melalui gerak hatinya yang mempunyai keyakinan kuat bahawa jodohnya adalah dengan Arif Alimun. Lagipun kalau ikut Islam jika hanya ada seorang sahaja lelaki yang approach kita dan lelaki itu adalah lelaki mukmin maka haruslah diterima, tidak perlu istikharah pun tak mengapa
.
Kerana istikharah itu sebenarnya untuk mereka yang di dalam dilemma. Mempunyai dua pilihan yang kedua-duanya mukmin dan tidak tahu hendak memilih antara keduanya; (Maka tatkala itulah memerlukan pertolongan petunjuk dari Allah yang mana satu membawa akibat baik bagi diri, agama dan kehidupan pada masa sekarang dan masa akan datang..) bisik Alia kepada hatinya.
Namun email hari itu sedikit menghampakan Alia kerana Arif Alimun tidak memberikan jawapan istikharahnya. Tulisnya dalam email itu ; Belum dapat apa-apa petanda. Setiap kali membalas email Arif Alimun, Alia akan bertanya keputusan istikharah Arif Alimun namun setiap kali itu jugalah dia akan menerima ayat Quran atau hadis hadrat Nabi saw yang menyatakan tentang kelebihan bersabar..

Sunday, October 16, 2011

Jodoh 1.0






Alia terus sahaja berborak di dalam komputer. Kadang-kadang dengan budak Mesir, Cairo, Pakistan, Kaherah, budak tahfiz dan juga kolej Islam tempatan. Sememangnya chatting adalah salah satu yang sangat popular dalam internet. Sebab itu Alia tidak melepaskan peluang untuk menggunakan sepenuhnya CC yang berdekatan dengan tempatnya belajar, biasanya channel surau menjadi pilihannya. Alia adalah seorang pelajar tahun 3 di UUM, berumur 21 dan mengambil jurusan perakaunan. Dia juga seorang pelajar yang mempunyai kefahaman Islam yang mendalam dan cemerlang dalam pelajarannya..

Dapat ajar budak dari Timur Tengah atau popular dengan nama ardhu kinanah, maka mulalah Alia mengeluarkan butir-butir kata yang selalu didengar atau didapatinya dari usrah, ceramah ataupun tazkirah di surau di universitinya. Lebih tepat lagi seorang, ustazah. Selalunya Alia akan menggunakan nick Raudhatul Jannah kerana Alia mengharapkan chatting itu akan dapat dimanfaatkan untuk menjadi tempat mencari ilmu iaitu majlis ilmu.

Bukankah ada sabda hadrat Rasulullah saw kepada para sahabat r.a bahawa majlis ilmu itu adalah salah satu taman di syurga. Jadi sebab itulah Alia menggunakan nick Raudhatul Jannah yang bermaksud taman di syurga. Ramai juga yang mendapat alamat email Alia. Ada yang memang minta dan ada juga yang sengaja diberi oleh Alia. Mudah-mudahan mereka boleh memberi nasihat atau tazkirah kepadanya melalui email. Dan kemudian bolehlah Alia menyampaikan apa yang diperolehinya melalui emailnya kepada anak2 usrahnya sesuai dgn hadis hadrat Nabi saw mafhumnya; Sampaikan dariku walau sepotong ayat...

Penuhlah ruang emailnya dengan email dari pelajar2 dari Al-Azhar, Yaman, Pakistan, Sudan, dan dari Malaysia sendiri. Semuanya pelajar bidang agama dan beberapanya adalah dari sekolah tahfiz dan seorang pelajar Shoubra di Mesir yang mana disitu adalah tempat pelajar yang menghafal Quran...

Jodoh 1.1 akan datang....ikuti sambungannya....

Sunday, October 2, 2011

Pejuang

Api kemarahan terus menyala-nyala. Seluruh negara bergolak. Jalan-jalan raya dipenuhi rakyat yang cintakan Islam. Jalan-jalan raya juga dikelilingi kenderaan-kenderaan merah yang siap siaga untuk memburu mangsanya. Manusia-manusia yang berbaju hijau, bertopi keledar dan berperisai merah terus menggempur rakyat jelata. Gelombang manusia yang cintakan Islam di sirami air yang memedihkan mata. Manusia berpakaian hijau terus menerajang, membelasah mereka yang membantah pengharaman hijab di sekolah-sekolah kerajaan.

****

Muaz semakin sibuk. Tugasnya sebagai pemimpin pelajar Islam di kolej mereka membuatkannya sibuk. Sudah dua hari kolej mereka di tutup kerana tiada lagi tenaga pengajar yang mencukupi. Pensyarah-pensyarahnya kebanyakannya telah ditahan polis atas tuduhan terlibat dalam gerakan subversif. Bilik pejabat persatuan semakin sibuk. Persiapan terakhir dilakukan. Mereka sudah tiada pilihan. Jalan rundingan yang mereka cadangkan dibalas dengan penangkapan pensyarah-pensyarah kolej mereka. Kini jalan terakhir ialah dengan cara yang dianggap sebagai ganas, tidak bertamadun. Esok, selepas solat Jumaat mereka akan berarak beramai-ramai ke stadium negeri untuk membantah penangkapan pensyarah-pensyarah mereka yang ditahan hanya kerana mempertahankan hak wanita mukminah untuk menutup aurat. Muaz meneliti suratkhabar lama yang terdampar di atas mejanya.

1 Januari- Menteri Pendidikan Persekutuan dipetik sebagai berkata bahawa arahan supaya tudung labuh diharamkan di pusat-pusat pendidikan kerajaan telah diluluskan di parlimen. Beliau juga mengatakan bahawa tujuan arahan ini dikuatkuasakan adalah unutk membasmi pengaruh-pengaru ekstrimis dan subversive yang cuba disebarkan melalui hijab. Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa pemakaian hijab adalah lambing masyarakat yang tidak bertamadun. Ketika di minta mengulas tentang pihak-pihak yang menentang penguatkuasaan undang-undang tersebut. Menteri Pendidikan tersebut dengan lantang menyebut bahawa mereka yang menyuruh wanita memakai hijab adalah golongan yang jumud pemikirannya. Menurutnya lagi kita mestilah bersederhana dalam melaksanakan Islam.

Pembacaan Muaz terhenti di situ. Dia tidak sanggup meneruskan pembacaannya. Hatinya pedih melihat manusia yang mendakwa sebagai pelopor Islam sederhana menghalang umat Islam daripada melaksanakan kewajipan kepada Allah. Begitulah nasib umat Islam di sebuah negara yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang menggelarkan diri mereka Islam sederhana.

****

Hati Aisyah semakin rungsing. Berita yang didengarinya membuatkan dia tidak senang duduk. Sudah bermacam-macam berita yang didengarnya melalui kawan-kawannya di kolej. Semuanya tidak menyenangkan hatinya. Aisyah segera mengambil kunci keretanya. Dia memandu dengan kelajuan yang maksima. Apabila tiba di perkarangan kolejnya. Dia segera menuju ke ibu pejabat Persatuan pelajar Islam. Dia melihat sekeliling mencari seseorang. Tiba-tiba seorang gadis, bertudung labuh menegurnya.
“Assalamualaikum, ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“Saya mahu berjumpa dengan Muaz.”
“Oh, Awak mahu berjumpa dengan Muaz, Presiden Persatuan Pelajar Islam. Maafkan saya. Dia sedang bermesyuarat di dalam. Jika awak tetap mahu berjumpa dengan dia sila tunggu sebentar. Dalam masa sepuluh minit lagi Insyaallah mesyurat tersebut akan selesai,” terang gadis bertudung labuh tersebut.
Aisyah hanya mengangguk. Dia melihat jam di tangannya. Sepuluh minit dirasakan seperti sepuluh tahun. Hatinya lega pabila melihat insan yang dinanti-nantikannya keluar dari bilik mesyuarat.
“Assalamualaikum,” Muaz membuka kata.
“Waalaikumusslam.”
“Ada apahal awak nak jumpa dengan saya ni. Kenapa tak telefon sahaja?”
“ Saya ada hal nak cakap sikit dengan awak.”
“Apahalnya sampai tak boleh telefon. Kan saya dah kata saya sibuk sekarang. Cakaplah, selepas ni saya bayak lagi kerja yang nak dibuat.”
“Saya nak awak berhenti dari kerja-kerja gila ni.”
“Apa maksud awak?” soal Muaz tidak faham.
“Saya tak mahu awak terlibat lagi dengan kegiatan subversif ni. Sudah banyak berita tentang kegiatan awak yang saya dengar. Dan saya juga ada terdengar yang nama awak ada dalam senarai pelajar yang sedang dipantau,” terang Aisyah.
“Jika saya tetap meneruskan kegiatan saya, apa yang awak nak buat?” balas Muaz.
“Kenapa awak degil sangat. Saya tak nak lihat awak ditahan seperti rakan-rakan awak yang lain. Kenapa awak ni degil sangat?”
“Saya tetap dengan pendirian saya. Ini perjuangan saya. Ini saya lakukan untuk agama kita. Kenapa saya perlu takut? Awak mahu saya memerhatikan sahaja umat islam dihina di bumi sendiri. Mana maruah awak jika awak membiarkan sahaja hijab gadis-gadis Islam terbuka. Mana maruah kita sebagai umat Islam.”
Aisyah terus berlalu meninggalkan Muaz selepas mendengar kata-kata Muaz tadi. Baginya apa yang dilakukan oleh Muaz adalah satu tindakan yang bodoh. Baginya hanya orang yang bodoh sahaja akan mendedahkan diri mereka kepada bahaya. Sebaliknya bagi Muaz apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang mulia. Semuanya adalah dating dari kesedaran untuk membela agamanya. Tidak terdetik sedikitpun di hatinya untuk memberontak atau mencetuskan huru-hara.
“Apa halnya Muaz?” soal Zaid selepas Aisyah meninggalkan Muaz keseorangan.
“Biasalah perempuan Zaid. Dia terlalu risau yang aku akan ditangkap nanti.”
“Tu tandanya dia sukakan kau,” sambung Zaid sambil tersengih.
“Betullah apa yang Nabi kata umat akhir zaman nanti di landa penyakit cintakan dunia dan takutkan mati.”
Zaid hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Muaz. Mereka segera masuk ke dalam pejabat mereka kerana masih bayak tugas yang perlu diselesaikan.

****
Laungan takbir terus bergema. Keadaan semakin gawat. Air yang memedihkan mata terus dipancutkan. Sudah ramai pelajar di tarik masuk ke dalam trak. Kala itu musnahlah keadilan. Manusia yang berpakaian hijau, berperiasi merah terus mengganas. Sepak terajang mereka sudah tidak mengenal siapa. Kelihatan seorang pelajar berlumuran darah di bantai dengan cota. Kelihatan pula seorang gadis bertudung labih di rentap tudungnya. Trak-trak merah terus mara menghampiri pelajar-pelajar yang terus bersemangat.
“Jihad! Jihad!” laung seorang pelajar.
Laungannya di sahut dengan teriakan Allhuakbar oleh pelajar-pelajar yang lain. Manusia beruniform hijau terus menggila. Mereka mendakwa mereka dipihak yang benar. Mempertahankan keamanan kononnya.
“Mereka berjuang untuk Islam, tapi aku…” mungkin inilah persoalan yang mungkin akan muncul di dalam hati mereka ketika mereka dengan rakus membelasah pelajar-pelajar yang berjuang untuk Islam.
Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan dilepaskan. Keadaan menjadi sunyi sepi seketika. Tiba-tiba kelihatan sekujur tubuh gugur ke bumi. Darah merah mengalir keluar. Tika itu merka tahu seorang daripada mereka telah syahid. Keadaan yang sunyi seketika kembali riuh-rendah, Pekikan takbir terus bergema. Keadaan mereka seperti di Palestin. Jika di sana umat Islam menentang yahudi laknatullah. Di sini mereka menentang manusia yang bertopengkan Islam sedangkan hati mereka sudah jauh dari Islam.
****

“Kau lupakan sahaja Aisyah tu Muaz. Ramai lagi muslimah yang kau boleh cari. Bunga bukan sekuntum,” kata Zaid kepada Muaz.
“Aku tahu Zaid. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terpikat dengan dia sedangkan prinsip kami berbeza. Nah, sekarang lihat natijahnya.”
“Kalau kau nak cari yang lain sekarang aku boleh tunjukkan.”
“Isy kau ni Zaid. Orang tengah sibuk dengan isu hijab kau sempat lagi nak carikan awek untuk aku.”
“Aku bukan apa Muaz. Sebenarnya aku dah ada calon untuk kau. Dah lama aku nak kenalkan dia kepada kau. Tapi dulu kau dah ada Aisyah. Tapi sekarang kau tengah solokan. Kalau kau nak tahu siapa dia kau lihat di depan sana,” kata zaid sambil jarinya menunjukkan ke satu arah.
Muaz menoleh kea rah yang ditunjukkan Zaid. Seorang gadis bertudung litup sedang berdiri tidak jauh dari situ.

****

Keadaan semakin huru-hara. Semakin ramai pelajar di tarik masuk ek dalam trak dengan kasar. Kelihatan jua seorang pelajar berkopiah putih yang berjambang nipis di tarik naik ke dalam trak. Pelajar itu seperti enggan menuruti arahan manusia beruniform hijau. Tiba-tiba salah seorang daripada manusia yang berserba hijau menghalakan sesuatu kea rah pelajar tadi. Bunyi das tembakan itu menggegarkan kawasan tersebut.
Zaid memandang sekeliling mencari arah bunyi tembakan tersebut. Dia terdengar nama Muaz disebut-sebut. Zaid tahu sesuatu yang buruk telah menimpa Muaz. Dia segera mengikut arus manusia ke arah bunyi tembakan tersebut. Dia melihat satu tubuh terkujur layu. Tubuh itu memang dikenalinya. Dia segera mara menghampiri tubuh itu. Dia memluk tubuh itu erat-erat. Tubuh itu masih bernyawa.
“Apa yang terjadi Zaid?” soal Muaz dalam keadaan tersekat-sekat.
“Kau ditembak Muaz,” jawab zaid pendek.
“Alhamdulillah.”
****

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam W.B.T,” Humairah menjawab salam yang di layarkan Muaz.
“Bagaimana dengan persiapan kita. Adakah awak bersedia untuk menngetuai gerakan muslimah kita di dalam dmeonstrasi esok?”
“Insyaallah Muaz. Itu awak jangan risaukan. Yang penting kita mahu seluruh negara tahu bahawa kita berjuang untuk Islam. Kita mahu kerajaan tahu kita ni bukan alat yang boleh diarahkan berbuat apa-apa sahaja. Bagaimana pula dengan persiapan barisan muslimin kita? Saya harap awak dapat kuatkan semangat kerana saya tahu pihak berkuasa sedang memburu awak.”
Muaz hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Humairah.
“Kenapalah aku tak diketemukan dengan gadis ini sejak dahulu,” Muaz bermonolog sendirian.
“Apa yang awak fikirkan Muaz. Adakah awak takut?”
“Bukan begitu Humairah. Entah kenapa, saya seolah-olah merasakan ada sesuatu yang akan berlaku esok.”
“Okeylah Muaz. Dah lewat ni. Saya nak pulang dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Humairah terus meninggalkan Muaz bersama Zaid.
“Macam mana Muaz. Okeytak budak Humairah tu?”
“Ah kau ni menyibuklah Zaid. Dah lah tu. Esok kita ada tugas besar. Jangan kau nak leka dengan perempuan dah lah.”
Zaid hanya tersengih mendengar kata-kata Muaz.
****

Satu persatu jenazah diangkat masuk ke dalam liang lahad. Beratus-ratus manusia menyaksikan pengkebumian dua insan pejuang. Satu adalah pejuang yang berjiwa Salahuddin al-Ayyubi. Satu lagi adalah srikandi berjiwa Sumayyah.
“Akhirnya engkau bersatu jua dengan insan yang kau cintai, Muaz,” monolog Zaid di dalam hati.
Back to top