Lepas kelas prep, aku pun ke surau untuk mendapatkan penjelasan yang sepenuhnya daripada Saufi. Hampir semua yang menyertai kumpulan ‘sesat’ hadirkan diri. Dalam hati aku ni agak bimbang, manalah tau aku kene pukul ke atau kene ‘basuh’ ke? “Eh, ni kan surau. Takkan diorang nak buat benda macam tu”. Melegakan hati aku sendiri. “haa…Assalamualaikum” Saufi memberi salam. “Waalaikumsalam, haa..mulalah” gesaku. “malam ni akan saya perjelaskan agar tak berlaku salah faham antara kita. Tapi saya tak rasa seperti layak untuk menerangkan hal ni kat abg. Apa kata abang join kitorang punya group, barulah abang paham. Bak kata pepatah, Pengalaman itu mengajar “ pelawa Saufi. “Eh..kalau pun korang dah sesat, janganlah nak menyesatkan orang lain pulak. Sekarang ni korang nak aku pulak join group ‘sesat’ ni pulak. Wah, wah, wah….senang-senang nak sesatkan kita ni pulak” perli aku. “Eh…abang jangan salah faham. Ok…macam ni lah, abang join dulu, kalau abang rasa kami ni sesat. Abang dialu-alukan untuk keluar” jelas Saufi. Aku pun malas nak berbalah, lagipun apa yang aku rugi. Demi Islam dan generasi seterusnya, aku kena selidik kumpulan ni. Lalu aku mengangguk tanda setuju.
Kumpulan ini selalunya berjumpa atau belajar pada hari
Ahad sahaja, dah macam Sunday School pulak. Perjumpaan pertama aku
bersama ‘cikgu’ kumpulan ‘sesat’ ni memberi kejutan kepada aku sebab, Muka
‘cikgu’ nya nampak berseri dan tenang. Tapi, aku tak mudah mempercayai orang
berdasarkan pandangan pertama. Jadi aku terus perhati dan teliti pengajarannya.
‘Kelas’ kami bermula dengan bacaan Al-Quran dan sesi ‘Tadabbur’, seterusnya
kami berkenalan. Nama ‘cikgu’ tu Mohd Wafi, katanya dia baru sahaja tiga tahun
memeluk Islam. Bertambahlah kesangsian aku terhadap kebolehan ‘cikgu’ ni untuk
mengajar Islam kerana baru tiga tahun belajar tentang Islam. Sedangkan aku yang sudah 17 tahun menganut Islam masih cuba
untuk memahami Islam, inikan pula baru 3 tahun memeluk Islam. Wafi membahasakan
dirinya ‘Akhi’, Akhi Wafi berasal dari Bumi Kenyalang, Sarawak. Menurut
penceritaan Akhi Wafi, dia merupakan bekas penganut agama Kristian dan mula
tertarik dengan Islam ketika melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi
Petronas (UTP) di Tronoh,Perak. Akhi Wafi mula memeluk Islam, setelah sekian lama
mencari keindahan dalam agama Islam yang sering dilabel sebagai 'Agama Pengganas'.
Ikuti sambungan Kisah Usrah Halaqah 2 yang akan
menceritakan kisah Akhi Wafi dan dugaan yang perlu dihadapinya untuk menjadi
seorang Islam. Adakah keluarganya menyokongnya atau sebaliknya…?
Assalamualaikum….