Defender Black Red

Sunday, September 16, 2012

Usrah Halaqah

“Apa yang korang dah buat ni, join kumpulan yang sesat ke?” masih terngiang-ngiang di telingaku soalan ataupun lebih kepada tuduhan yang telah aku lemparkan kepada sekumpulan pelajar Aspura Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (SMTKS). “Eh..abang ni, ke situ pulak. Jangan buat tuduhan tanpa usul periksa” ujar  Saufi. Mohammad Saufi Zainal Abidin, pelajar tingkatan 4 mekanikal 2. Saufi yang mulanya menganjurkan Usrah Halaqah yang aku anggap sesat. Segalanya bermula selepas aku bertukar ke SMTKS. Nama aku Muhamad Umar Hashim, kini pelajar 5 Elektrik 2. Di sinilah aku banyak belajar tentang agama yang aku peluk selama 17 tahun iaitu Islam. Pada tahun pertama aku di sini, aku belajar berkenaan solat. Ringkasnya, aku belajar 5 Rukun Islam dan cuba menghayatinya.


Tahun kedua aku di sini aku sering terserempak dengan 2 kumpulan pelajar tahun pertama yang membentuk bulatan seperti sedang menerima pengajaran daripada seorang ‘cikgu’. Ini telah menimbulkan persoalan”diorang ni sebar ajaran sesat ker?”aku bercakap dalam hati. Aku tegur mereka buat kali pertama “Assalamualaikum, ni mengajar ni dah minta kebenaran warden ke? Kalau belum, saya sarankan pergi minta kebenaranlah, agar tak menimbulkan keraguan bagi mereka yang menggunakan surau ni. Sebab kita tak nak pelajar disini dipengaruhi oleh ajaran yang bakal menyesatkan mereka”. ”Waalaikumsalam, InsyAllah kitorang akan mintak kebenaran” kata Saufi. Mereka yang lain hanya menganggukkan kepala dan aku pun berlalu pergi. Setelah sebulan aku tengok kumpulan ‘sesat’ ni semakin ramai pengikut. Lagilah aku rasa bersalah sebab tak tegur secara tegas. Lepas sesi pengajaran mereka berakhir aku pun berjumpa dengan Saufi. “Apa yang korang dah buat ni, join kumpulan yang sesat ke?” tengking aku. “Eh..abang ni, ke situ pulak. Jangan buat tuduhan tanpa usul periksa” jawab Saufi. “Malam ni saya terangkan, kita jumpa kat surau” ajak Saufi. “ok, aku datang lepas prep bolehkan?” Tanya aku. ”Alhamdulillah, itulah yang terbaik” jawab Saufi. “ceh…dah ‘sesat’ tunjuk alim la pulak” kata hatiku.


Lepas kelas prep, aku pun ke surau untuk mendapatkan penjelasan yang sepenuhnya daripada Saufi. Hampir semua yang menyertai kumpulan ‘sesat’ hadirkan diri. Dalam hati aku ni agak bimbang, manalah tau aku kene pukul ke atau kene ‘basuh’ ke? “Eh, ni kan surau. Takkan diorang nak buat benda macam tu”. Melegakan hati aku sendiri. “haa…Assalamualaikum” Saufi memberi salam. “Waalaikumsalam, haa..mulalah” gesaku. “malam ni akan saya perjelaskan agar tak berlaku salah faham antara kita. Tapi saya tak rasa seperti layak untuk menerangkan hal ni kat abg. Apa kata abang join kitorang punya group, barulah abang paham. Bak kata pepatah, Pengalaman itu mengajar “ pelawa Saufi. “Eh..kalau pun korang dah sesat, janganlah nak menyesatkan orang lain pulak. Sekarang ni korang nak aku pulak join group ‘sesat’ ni pulak. Wah, wah, wah….senang-senang nak sesatkan kita ni pulak” perli aku. “Eh…abang jangan salah faham. Ok…macam ni lah, abang join dulu, kalau abang rasa kami ni sesat. Abang dialu-alukan untuk keluar” jelas Saufi. Aku pun malas nak berbalah, lagipun apa yang aku rugi. Demi Islam dan generasi seterusnya, aku kena selidik kumpulan ni. Lalu aku mengangguk tanda setuju.



Kumpulan ini selalunya berjumpa atau belajar pada hari Ahad sahaja, dah macam Sunday School pulak. Perjumpaan pertama aku bersama ‘cikgu’ kumpulan ‘sesat’ ni memberi kejutan kepada aku sebab, Muka ‘cikgu’ nya nampak berseri dan tenang. Tapi, aku tak mudah mempercayai orang berdasarkan pandangan pertama. Jadi aku terus perhati dan teliti pengajarannya. ‘Kelas’ kami bermula dengan bacaan Al-Quran dan sesi ‘Tadabbur’, seterusnya kami berkenalan. Nama ‘cikgu’ tu Mohd Wafi, katanya dia baru sahaja tiga tahun memeluk Islam. Bertambahlah kesangsian aku terhadap kebolehan ‘cikgu’ ni untuk mengajar Islam kerana baru tiga tahun belajar tentang Islam. Sedangkan  aku yang sudah 17 tahun menganut Islam masih cuba untuk memahami Islam, inikan pula baru 3 tahun memeluk Islam. Wafi membahasakan dirinya ‘Akhi’, Akhi Wafi berasal dari Bumi Kenyalang, Sarawak. Menurut penceritaan Akhi Wafi, dia merupakan bekas penganut agama Kristian dan mula tertarik dengan Islam ketika melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh,Perak. Akhi Wafi mula memeluk Islam, setelah sekian lama mencari keindahan dalam agama Islam yang sering dilabel sebagai 'Agama Pengganas'.

Ikuti sambungan Kisah Usrah Halaqah 2 yang akan menceritakan kisah Akhi Wafi dan dugaan yang perlu dihadapinya untuk menjadi seorang Islam. Adakah keluarganya menyokongnya atau sebaliknya…?

Assalamualaikum….

Monday, September 10, 2012

Kembali ke Pangkal Jalan (InsyAllah ada jalannya)


Perkara asas yang perlu di lakukan :-

       a)      Muhasabah Diri (Menilai Diri)

-          Maksud Muhasabah Diri dalam Kamus Dewan Bahasa ialah perbuatan menilai diri   (fikir­an, pendirian) utk pembaikan diri sendiri.

-          Lihat dan Nilai segala yang telah kamu lakukan, apa yang orang lain lakukan kepada kamu samada baik mahupun buruk. Dari situ dapat kita tahu, apa yang bertambah dan berkurang dalam diri kita. Mengikut Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah Iman akan bertambah dengan sebab perbuatan taat sehingga bisa mencapai derajat sempurna. Dan iman dapat berkurang karena perbuatan maksiat” .

-          Ambil tindakan atas apa yang telah kita Lihat dan Nilai. Sebagai contoh, “kamu telah menyakiti hati seorang kawan” apa tindakan yang rasional? Meminta maaf atau mengharapkan dia memberi keampunan pada diri kamu? Ya sudah, pasti kedua-dua yang di atas kan. Sebab apa, kerana kita meminta maaf kepada Allah, dalam masa yang sama kita mengharapkan keampunan Allah. Samalah dengan hal ini, kita meminta maaf pada kawan kita dalam masa yang sama kita perlu mengharap agar dia memaafkan kita.

-          Bagaimana kalau kawan yang menyakiti hati kita. Dalam hal ini, sebaik-baiknya kita memaafkan mereka. “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”. Sememangnya berat untuk kita memberikan kemaafan kepada mereka yang telah melakukan kesalahan kepada kita, tapi ingatlah sekiranya kita golongan yang membuat salah dan kita menharapkan orang itu memaafkan kita tapi dia pun berat hati nak memaafkan kita. Apa perasaan kamu atau apa yang akan kamu lakukan?

-          Masih susah untuk memberi maaf.

Hayati Firman Allah S.W.T:

Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." [Ali-Imran: 134]

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. (Al Baqarah : 263)

-          Selepas kita ‘Reboot System’ kita, InsyAllah langkah seterusnya akan lebih mudah.





     a)      Qiamullail (Ibadah Malam)

-          Qiyamullail' ialah satu istilah Arab yang membawa makna bangun di waktu malam dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. melalui ibadat-ibadat Sunat.

-          3 Ibadah yang saya cadangkan. Pertama Solat Sunat, Kedua Membaca Al-Qur’an dengan Tajwid yang betul dan Ketiga Berzikir.




-          Solat Sunat (Cadangan)

Solat Sunat Tahajjud (Mengadu pada Allah)

“Ya Allah, aku ini insan yang lemah. hamba yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah engkau berikan. Aku mudah lupa kepadaMu, aku lalai dengan nikmat dunia yang tidak berkekalan.”

Solat Sunat Taubat (Memohon Keampunan)

Solat Sunat Hajat (Meminta sesuatu)



-          Membaca Al- Quran (Ketenangan Hati) 
Hati bergetar mendengar alunan bacaan Al- Qur’an. Lebih baik sekiranya memahami maksud ayat Al- Qur’an itu. 




-    Berzikir (Menyebut nama Allah)
Zikir untuk ingat Allah, macam Suami ingat kepada isteri (Outstation). Sebut nama Isteri dalam tidur. Sebab tahap kerinduan yang tinggi. Samalah macam berzikir, Zikir kita ingat Allah. Masa tidur pun ingat Allah(Mimpi ngeri baru ingat Allah).   




Thursday, March 29, 2012

Salaam Kemaafan...

Salaam....

kepada para 'followers'....maaf la sbb dah lama tak update blog ni ngan Cerita or Ilmu2 yg berfaedah...

Muallim sedikit sibuk kerja...so takda masa update.....

InsyAllah...akan d update dalam masa terdekat...k..

TQ to Allah n fellow followers.....Salaam..