Defender Black Red

Sunday, December 14, 2014

Cuti yang panjang


Assalamualaikum,

InsyaAllah, blog ini akan kembali aktif dalam Januari 2015.

sekiranya followers2 ada cadangan/pendapat boleh kongsi dengan ana di anas_muallim@yahoo.com. InsyaAllah akan dipertimbangkan

Ucapan Terima Kasih kepada followers yang masih setia membaca blog ini. Akan saya 'update' kisah berkenaan Usrah Halaqah. Nantikan Usrah Halaqah 2.

Wednesday, January 23, 2013

Umi (Credit to Ikhwan Saujana)



Umi Kau Permata Berharga....
Bagi Anak Soleh dan Solehah...
Engkaulah Lilin Membakar Diri...
Demi Menerangi Hidup Kami...

Umi Jasamu Akan Dikenang...
Segala Pesanmu Akan Ku Tanam...
Dihati Tiap Ummah Madani...
Agar Menjadi Pedoman Diri...

Umi Kau Tiada Pengganti....
Kerna Dirimu Sungguh Bereti...
Bagi Diriku Yang Memahami...
Penderitaan Yang Kau Tempuhi....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rabbi...
Kau Limpahi Rahmat Ke Atas Umi...
Jadikan Umi Golongan Terpuji...
Agar Menjadi Penghuni Firdausi...

Sunday, September 16, 2012

Usrah Halaqah

“Apa yang korang dah buat ni, join kumpulan yang sesat ke?” masih terngiang-ngiang di telingaku soalan ataupun lebih kepada tuduhan yang telah aku lemparkan kepada sekumpulan pelajar Aspura Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (SMTKS). “Eh..abang ni, ke situ pulak. Jangan buat tuduhan tanpa usul periksa” ujar  Saufi. Mohammad Saufi Zainal Abidin, pelajar tingkatan 4 mekanikal 2. Saufi yang mulanya menganjurkan Usrah Halaqah yang aku anggap sesat. Segalanya bermula selepas aku bertukar ke SMTKS. Nama aku Muhamad Umar Hashim, kini pelajar 5 Elektrik 2. Di sinilah aku banyak belajar tentang agama yang aku peluk selama 17 tahun iaitu Islam. Pada tahun pertama aku di sini, aku belajar berkenaan solat. Ringkasnya, aku belajar 5 Rukun Islam dan cuba menghayatinya.


Tahun kedua aku di sini aku sering terserempak dengan 2 kumpulan pelajar tahun pertama yang membentuk bulatan seperti sedang menerima pengajaran daripada seorang ‘cikgu’. Ini telah menimbulkan persoalan”diorang ni sebar ajaran sesat ker?”aku bercakap dalam hati. Aku tegur mereka buat kali pertama “Assalamualaikum, ni mengajar ni dah minta kebenaran warden ke? Kalau belum, saya sarankan pergi minta kebenaranlah, agar tak menimbulkan keraguan bagi mereka yang menggunakan surau ni. Sebab kita tak nak pelajar disini dipengaruhi oleh ajaran yang bakal menyesatkan mereka”. ”Waalaikumsalam, InsyAllah kitorang akan mintak kebenaran” kata Saufi. Mereka yang lain hanya menganggukkan kepala dan aku pun berlalu pergi. Setelah sebulan aku tengok kumpulan ‘sesat’ ni semakin ramai pengikut. Lagilah aku rasa bersalah sebab tak tegur secara tegas. Lepas sesi pengajaran mereka berakhir aku pun berjumpa dengan Saufi. “Apa yang korang dah buat ni, join kumpulan yang sesat ke?” tengking aku. “Eh..abang ni, ke situ pulak. Jangan buat tuduhan tanpa usul periksa” jawab Saufi. “Malam ni saya terangkan, kita jumpa kat surau” ajak Saufi. “ok, aku datang lepas prep bolehkan?” Tanya aku. ”Alhamdulillah, itulah yang terbaik” jawab Saufi. “ceh…dah ‘sesat’ tunjuk alim la pulak” kata hatiku.


Lepas kelas prep, aku pun ke surau untuk mendapatkan penjelasan yang sepenuhnya daripada Saufi. Hampir semua yang menyertai kumpulan ‘sesat’ hadirkan diri. Dalam hati aku ni agak bimbang, manalah tau aku kene pukul ke atau kene ‘basuh’ ke? “Eh, ni kan surau. Takkan diorang nak buat benda macam tu”. Melegakan hati aku sendiri. “haa…Assalamualaikum” Saufi memberi salam. “Waalaikumsalam, haa..mulalah” gesaku. “malam ni akan saya perjelaskan agar tak berlaku salah faham antara kita. Tapi saya tak rasa seperti layak untuk menerangkan hal ni kat abg. Apa kata abang join kitorang punya group, barulah abang paham. Bak kata pepatah, Pengalaman itu mengajar “ pelawa Saufi. “Eh..kalau pun korang dah sesat, janganlah nak menyesatkan orang lain pulak. Sekarang ni korang nak aku pulak join group ‘sesat’ ni pulak. Wah, wah, wah….senang-senang nak sesatkan kita ni pulak” perli aku. “Eh…abang jangan salah faham. Ok…macam ni lah, abang join dulu, kalau abang rasa kami ni sesat. Abang dialu-alukan untuk keluar” jelas Saufi. Aku pun malas nak berbalah, lagipun apa yang aku rugi. Demi Islam dan generasi seterusnya, aku kena selidik kumpulan ni. Lalu aku mengangguk tanda setuju.



Kumpulan ini selalunya berjumpa atau belajar pada hari Ahad sahaja, dah macam Sunday School pulak. Perjumpaan pertama aku bersama ‘cikgu’ kumpulan ‘sesat’ ni memberi kejutan kepada aku sebab, Muka ‘cikgu’ nya nampak berseri dan tenang. Tapi, aku tak mudah mempercayai orang berdasarkan pandangan pertama. Jadi aku terus perhati dan teliti pengajarannya. ‘Kelas’ kami bermula dengan bacaan Al-Quran dan sesi ‘Tadabbur’, seterusnya kami berkenalan. Nama ‘cikgu’ tu Mohd Wafi, katanya dia baru sahaja tiga tahun memeluk Islam. Bertambahlah kesangsian aku terhadap kebolehan ‘cikgu’ ni untuk mengajar Islam kerana baru tiga tahun belajar tentang Islam. Sedangkan  aku yang sudah 17 tahun menganut Islam masih cuba untuk memahami Islam, inikan pula baru 3 tahun memeluk Islam. Wafi membahasakan dirinya ‘Akhi’, Akhi Wafi berasal dari Bumi Kenyalang, Sarawak. Menurut penceritaan Akhi Wafi, dia merupakan bekas penganut agama Kristian dan mula tertarik dengan Islam ketika melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh,Perak. Akhi Wafi mula memeluk Islam, setelah sekian lama mencari keindahan dalam agama Islam yang sering dilabel sebagai 'Agama Pengganas'.

Ikuti sambungan Kisah Usrah Halaqah 2 yang akan menceritakan kisah Akhi Wafi dan dugaan yang perlu dihadapinya untuk menjadi seorang Islam. Adakah keluarganya menyokongnya atau sebaliknya…?

Assalamualaikum….

Monday, September 10, 2012

Kembali ke Pangkal Jalan (InsyAllah ada jalannya)


Perkara asas yang perlu di lakukan :-

       a)      Muhasabah Diri (Menilai Diri)

-          Maksud Muhasabah Diri dalam Kamus Dewan Bahasa ialah perbuatan menilai diri   (fikir­an, pendirian) utk pembaikan diri sendiri.

-          Lihat dan Nilai segala yang telah kamu lakukan, apa yang orang lain lakukan kepada kamu samada baik mahupun buruk. Dari situ dapat kita tahu, apa yang bertambah dan berkurang dalam diri kita. Mengikut Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah Iman akan bertambah dengan sebab perbuatan taat sehingga bisa mencapai derajat sempurna. Dan iman dapat berkurang karena perbuatan maksiat” .

-          Ambil tindakan atas apa yang telah kita Lihat dan Nilai. Sebagai contoh, “kamu telah menyakiti hati seorang kawan” apa tindakan yang rasional? Meminta maaf atau mengharapkan dia memberi keampunan pada diri kamu? Ya sudah, pasti kedua-dua yang di atas kan. Sebab apa, kerana kita meminta maaf kepada Allah, dalam masa yang sama kita mengharapkan keampunan Allah. Samalah dengan hal ini, kita meminta maaf pada kawan kita dalam masa yang sama kita perlu mengharap agar dia memaafkan kita.

-          Bagaimana kalau kawan yang menyakiti hati kita. Dalam hal ini, sebaik-baiknya kita memaafkan mereka. “Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima”. Sememangnya berat untuk kita memberikan kemaafan kepada mereka yang telah melakukan kesalahan kepada kita, tapi ingatlah sekiranya kita golongan yang membuat salah dan kita menharapkan orang itu memaafkan kita tapi dia pun berat hati nak memaafkan kita. Apa perasaan kamu atau apa yang akan kamu lakukan?

-          Masih susah untuk memberi maaf.

Hayati Firman Allah S.W.T:

Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." [Ali-Imran: 134]

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. (Al Baqarah : 263)

-          Selepas kita ‘Reboot System’ kita, InsyAllah langkah seterusnya akan lebih mudah.





     a)      Qiamullail (Ibadah Malam)

-          Qiyamullail' ialah satu istilah Arab yang membawa makna bangun di waktu malam dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. melalui ibadat-ibadat Sunat.

-          3 Ibadah yang saya cadangkan. Pertama Solat Sunat, Kedua Membaca Al-Qur’an dengan Tajwid yang betul dan Ketiga Berzikir.




-          Solat Sunat (Cadangan)

Solat Sunat Tahajjud (Mengadu pada Allah)

“Ya Allah, aku ini insan yang lemah. hamba yang tidak bersyukur dengan nikmat yang telah engkau berikan. Aku mudah lupa kepadaMu, aku lalai dengan nikmat dunia yang tidak berkekalan.”

Solat Sunat Taubat (Memohon Keampunan)

Solat Sunat Hajat (Meminta sesuatu)



-          Membaca Al- Quran (Ketenangan Hati) 
Hati bergetar mendengar alunan bacaan Al- Qur’an. Lebih baik sekiranya memahami maksud ayat Al- Qur’an itu. 




-    Berzikir (Menyebut nama Allah)
Zikir untuk ingat Allah, macam Suami ingat kepada isteri (Outstation). Sebut nama Isteri dalam tidur. Sebab tahap kerinduan yang tinggi. Samalah macam berzikir, Zikir kita ingat Allah. Masa tidur pun ingat Allah(Mimpi ngeri baru ingat Allah).   




Thursday, March 29, 2012

Salaam Kemaafan...

Salaam....

kepada para 'followers'....maaf la sbb dah lama tak update blog ni ngan Cerita or Ilmu2 yg berfaedah...

Muallim sedikit sibuk kerja...so takda masa update.....

InsyAllah...akan d update dalam masa terdekat...k..

TQ to Allah n fellow followers.....Salaam..

Tuesday, December 6, 2011

Calon Solehah


Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya.

Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran.

Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku.

Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

===============================================================

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”

“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.

“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh.

“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah.

Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat!

===============================================================

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum.

Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat.

Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.

“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.

“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.

“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.

“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh.

Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.

“tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.

“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum.

“ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”

“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?

“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita.

Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.

“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah. Syukur Ya Allah.

Sunday, November 27, 2011

Nour Aifyna

Dentuman guruh yang kuat dari luar bangunan sangat mengejutkan. Kesejukan yang dikeluarkan dari hawa dingin amat menyengat hingga ke tulang. Masing-masing di pejabat sedang sibuk menjalankan tugasam masing-masing dengan cukup tekun. Ada yang sedang sibuk menaip, ada pula yang sedang sibuk menjawab panggilan dan tidak kurang juga yang sedang sibuk memicit kepala bagi melegakan kepeningan yang sering bertandang disaat tugasan menimbun.

Deringan talipon di ats meja Helwa Sofeyya mengejutkannya yang sedang sibuk menaip.Dengan pantas, pegawai pemasaran yang muda lagi agresif itupun menjawab panggilan tersebut.

“Hello, selamat petang..Al Firabry Travel and Tours, Boleh saya bantu?”

“Err..boleh saya bercakap dengan..err..Puan Helwa Sofeyya?” Sahut suara dari corong talipon.

“Maaf encik, di sini tidak ada pekerja bernama Puan Helwa Sofeyya, yang ada Cik Helwa Sofeyya. Err boleh saya tahu siapa di talian dan dari mana?” Jawab Helwa sambil tertawa kecil.

“Errm..saya Hanzalah..Hanzalah Bin Habbar..dari..”

“Abang Han..??!!! ini Helwa lah.. apa khabar bang..? mana abang Han tahu adik kerja sini..?” Sahut Helwa keriangan sebelum sempat pemanggil tersebut meneruskan perbualannya.

“Abang sihat dik..erm..kalaupun happy sangat janganlah pekik-pekik gitu, boleh pecah gegendang telingan abang. Kawan sefakulti abang dulu yang inform abang adik jadi pegawai pemasaran di sini. Abang tak boleh lama ni dik, sekejap lagi ada temujanji. Can we meet after work? Di Komalas Restoran ECP jam 630 petang.”

“Lah.. kejap je bebual..?oklah.. 630 ni jumpa di ECP..take care” Jawab Helwa lalu merekapun mengakhiri perbualan yang singkat tersebut.

*************************************************************************************


Tepat seperti yang dijanjikan, mereka berduapun bertemu di Restoran Komalas yang penuh dengan memori indah. Helwa adalah adik angkat kesayangan Hanzalah semenjak mereka bersama-sama bersekolah menengah hinggalah ke Pusat Pengajian Tinggi. Namun, ketentuan Allah tiada siapa yang dapat mengubah. Hanzalah tiba-tiba menyepikan diri dari

adik angkatnya hampir tiga tahun yang lalu tanpa sebab. Helwa yang di
tatang bagai minyak yang penuh oleh Hanzalah, dimanjakan dan sering di bimbing serta di nasihati sebelum itu tidak dapat menerima perpisahan tersebut. Namun apakan daya dia untuk mencari dan mengesan seorang lelaki yang hanya bergelar abang angkatnya.

“Dik..sihat tak ni..? ada apa-apa perkara yang adik nak share dengan abang.?” Kata Hanzalah bagi memulakan perbualan mereka setelah memesan makanan.

Helwa merenung tepat ke mata Hanzalah mengharapkan pengertian. Lama kelamaan air yang jernih mula bertakung di kelopak matanya.

“Mana abang pergi selama ni..?? Kenapa dengan tiba-tiba abang pergi secara senyap-se

nyap dan terus menyepi hampir tiga tahun..? Kenapa abang biarkan Helwa keseorangan? Abang dah tak sayang adik lagi ke?” Luah Helwa dengan di iringi beberapa titisan air mata.
“Dik..sebab abang sayangkan adiklah abang terpaksa pergi. Abang tahu abang bersalah. Abang mementingkan diri abang sendiri. Tapi abang terpaksa putuskan sesuatu demi kebaikan kita berdua dik.” Jawab Hanzalah dengan nada memujuk.

“Adik tak faham.” Sahut Helwa pula sambil mengesat manik-manik putih yang semakin membasahi pipinya.

“Adik..kita terlalu rapat dik..sampai orang sekeliling akan meyangka yang kita ini sepasang kekasih. Tapi cuma kita sahaja…cuma adik dan abang sahaja yang tahu kita saling menyintai antara satu sama lain sebagai seorang adik dan abang. Abang terpaksa tinggalkan adik bila abang mula keliru dengan rasa rindu yang ada di hati abang bila adik memberikan tumpuan yang lebih sewaktu peperiksaan tahun pertama kuliah. Hampir setahun abang berperang dengan perasaan sendiri selepas abang putuskan untuk menjauhkan diri dari adik. Abang tak mahu mencemari
hubungan adik dan abang dengan cinta yang lain. Dan alhamdulillah, abang lebih yakin sekarang ni, sebab itulah abang datang untuk cari adik abang semula. Adik maafkan abangkan.?” Terang Hanzalah dengan bersungguh-sungguh.

“Tapi bang..tiga tahun bukan satu masa yang singkat..macam-macam dah berlaku bang.” Jawab Helwa sambil menundukkan pandangannya.

“Macam-macam yang dah berlaku..??apa yang sudah terjadi dik..cakaplah..cakap pada abang..” Hanzalah mula kaget.

Sambil menarik nafas yang panjang, Helwa memulakan perbualannya dengan meminta maaf
yang teramat sangat dari abang angkat kesayangannya. Dia tahu dia telah mengecewakan ramai orang malah semua orang termasuklah orang lelaki yang dihormatinya, yang berada dihadapannya. Helwa yang dahulunya sering mengumpamakan dirinya sebagai sebutir permata kerana sering diperhatikan oleh abang angkatnya agar permakanannya terjaga dan segala gerak geri, pergaulan malah pakaiannya tidak melampaui batas kini merasakan permata tersebut akan terus hilang serinya walau digilap setiap saat.

Hanzalah yang semakin tidak faham meminta agar Helwa dapat menerangkan dengan lebih jelas lagi. Tidak sanggup rasanya dia hendak berburuk sangka dengan penjelasan adik kesayangannya tadi yang kurang jelas.

“Helwa sudah tidak ada apa-apa lagi bang..Helwa dah hilang segala-galanya..Helwa bukan Helwa yang dulu lagi bang..Helwa berhenti belajar dua bulan selepas abang menghilang..dan..dan Helwa sudah berkali-kali memuaskan nafsu sebelum mempunyai hubungan yang sah dari segi syara`. Helwa kehilangan waktu itu bang..Helwa perlukan abang.. tapi mana abang pergi..??Kenapa abang tinggalkan Helwa dulu bang..?? Sekarang bila semuanya sudah hilang baru abang menjelma..!! Helwa sudah hilang mahkota Helwa bang..Helwa sudah tidak suci!!” Jerit Helwa dan terus berlari keluar meninggalkan Hanzalah bersendirian.


“Astaghfirullah…Astaghfirullah..Astaghfirullah..Helwa adik abang…abang berdosa kerana meninggalkan adik..maafkan abang dik..maafkan abang..” Bisik Hanzalah sendirian.

************************************************************************************

Semenjak Hanzalah mengetahui kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya berlaku keatas adiknya selama ketiadaannya, dia berasa sangat bersalah. Setiap hari selepas kerja dia akan meluangkan masa untuk bersama adik kesayangannya untuk memulihkan semula semangat serta keimanan adiknya.

“Abang Han.. Helwa..erm..Helwa taknak terus memuaskan nafsu sebelum adanya hubungan yang sah. Tapi..setiap kali Helwa cuba untuk tinggalkan perkara itu,setiap kali juga perasaan inginkan benda tu seolah-olah datang mendesak.


Helwa takut bang balasan Allah. Helwa tak tahu hendak jawab apa depanNya nanti.” Kata Helwa bagi memulakan pertemuan mereka yang sudah lebih seminggu bermula.

“Alhamdulillah adik sudah sedar. Abang akan sedia membantu adik. Adik kena ingat, setiap dosa yang kita lakukan termasuklah berzina adalah umpama mengambil dadah. Sekali rasa pasti kita hendak lagi dan kita akan mudah ketagih dik. Jadi, cara yang terbaik, adik kembalilah pada ajaran Allah.Banyakkan solat hajat dan solat taubat ye dik. Kalau perlu abang sanggup talipon adik hari-hari untuk kejutkan.”
Kata Hanzalah sambil menunjukkan kelegaan.

“Tapi abang Han, Allah akan maafkan adik ke..? adik sudah terlalu banyak kali lakukan perkara terkutuk itu bang. Lagipun adik tak kuat hendak berubah. Sebab keinginan ini bukan dari adik seorang, tapi juga dari kekasih adik.” Sambung Helwa keraguan.

“Hem..itu perkara biasa dik. Yang penting adik perlu ingat Allah itu Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Ada sebuah hadith menceritakan seorang hamba Allah di masukkan ke syurga semata-mata kerana dia menyuapkan anjing yang haus air dengan menggunakan alas kakinya. Jadi apa yang menghalang adik untuk mendapat rahmat dan keampunan Allah? Yang penting kita sungguh-sungguh dik. Akui kesalahan dan kesilapan, minta ampun dariNya dan yang penting, usha untuk tidak melakukannya lagi. Mengenai kekasih adik pula..pada abang, jika dia sayangkan adik, dia akan hormat permintaan adik untuk hentikan aktiviti terkutuk itu. Tapi, jika dia berterusan meminta adik untuk memuaskan nafsunya, bererti cintanya tidak suci dik. Dia menggunakan adik sebagai bahan pelepas nafsu sahaja. Abang yakin adik boleh. Kalau adik rasa tak mampu, selalu-selalulah ingat azabNya. Bayangkan jika Dia mencabut nyawa adik sewaktu adik sedang berseronok melakukan zina.. Masya Allah.” Jelas Hanzalah bersungguh-sungguh.


*************************************************************************************


Diam tak diam, genap sudah dua bulan dua insan ini bergembira kerana dapat merasai kembali nikmat kasih sayang yang sudah lama hilang antara mereka. Si abang bersungguh-sungguh membantu adiknya untuk kembali ke pangkal jalan. Si adik pula bersungguh-sungguh untuk perbaiki diri.



Kesungguhan jelas terlihat di diri Helwa. Dia mula tidak senang apabila dirinya di peluk atau di rangkul oleh Hanief teman lelakinya. Dia mula mengurangkan persentuhan kulit dan kini dia sering mengajak Hanief untuk ke masjid setiap kali masuk waktu solat.

Namun perubahan pada diri Helwa tidak dapat di terima oleh Hanief seratus peratus. Mereka mula bertegang urat walaupun pada perkara-perkara yang kecil. Dan setiap kali ketegangan berlaku antara Helwa dan Hanief, Abang Hanzalahlah tempat Helwa mengadu dan mendapatkan nasihat.

“Helwa, Helwa tak boleh selamanya macam ni dik. Helwa mesti cuba selesaikan masalah Helwa sendiri. Helwakan sudah cukup dewasa. Lagipun..hem.. abang minta maaf dik..tiga hari lagi abang terpaksa tinggalkan adik lagi. Abang akan ke Turki untuk menyambung pengajian abang. Tapi kali ini abang janji dik. Hanya jasad kita sahaja yang terpisah, tapi bukan hati kita. Abang akan sedaya upaya terus hubungi adik. Tapi satu sahaja yang abang harapkan.. Hentikanlah maksiat yang lalu, kerana itulah sahaja penguat hubungan kita.” Jelas Hanzalah pada suatu hari.

Hati Helwa bagai di tusuk sesuatu yang tajam. Hatinya gelisah, resah, tidak menentu. Tiga hari..tiga hari lagi dia akan kehilangan semula kasih seorang abang yang pernah hilang tiga tahun dahulu. Perlukah Abang Hanzalah pergi..?? Tidak kasihan kah dia pada diri adiknya yang sedang terumbang ambing..?? Helwa semakin resah, semakin gelisah. Namun keresahannya tidak dapat menghentikan hari untuk terus berlalu dan akhirnya, sampailah juga saat perpisahan antara mereka.

“Abang jangan lupakan adik tau bang. Apa pun jadi, ingat adik selalu. Emel-emel adik selalu. Adik belum kuat untuk sendirian.” Kata Helwa sambil berlinangan air mata sewaktu menghantar Abang Hanzalah.

“Abang janji dik. Adik juga kena ingat janji adik. Jaga hubungan adik dan Hanief sebaik mungkin kerana adik dan dia bukan pasangan biasa. Dia perlu bertanggungjawab atas mahkota yang telah hilang. Dan elakkan perkara itu dari berlaku tau. Ingat..dengan menghentikan perbuatan itulah pengukuh hubungan adik dan abang. Abang jalan dulu.. Jaga diri dan hati..”

Hanzalah akhiri kata-katanya dengan lambaian yang sayu. Lambaian yang tersirat pegngharapan moga Allah membimbing adik kesayangannya untuk meniti sisa-sisa hidup dengan perbaiki kesilapan yang sudah.

Namun, seperti yang di sangkakan oleh Hanzalah. Hanya dua minggu selepas pemergiannya, Helwa mengirimkan surat elektronik kepadanya. Panjang isi surat tersebut. Helwa meminta maaf kerana pada waktu surat itu di tulis, sudah tiga kali Helwa ulangi perbuatan terkutuk dahulu. Dia telah menikmati kepuasan nafsu bersama kekasihnya. Dia sedar tentang kesilapannya, namun dia tidak kuat untuk mengawal keinginan tersebut.

Hanzalah amat kecewa dengan berita yang diterima. Namun dia amat memahami kesukaran yang di alami adiknya. Dia tidak henti-henti mengirimkan nasihat dengan harapan bagi menguatkan semula semangat untuk adiknya bertaubat.

Selang tiga bulan emel yang hampir sama Hanzalah terima. Dan kali ini dia lebih terkejut kerana Helwa memberitahunya setiap hujung minggu selama dua bulan yang lalu Helwa bermalam di chalet bersama Hanzalah dan mereka memuaskan nafsu bersama. Helwa seakan baru sedar apa yang di lakukannya berdosa dan dia sekali lagi meminta agar dapat di bimbing untuk berubah.
Namun hati Hanzalah sudah cukup kecewa dan terguris dengan sikap adiknya. Marah yang tidak terhingga mula menguasai dirinya. Lalu Hanzalahpun mula mengirim surat yang agak “pedas” pada adiknya untuk menunjukkan kekecewaannya.

Helwa, maaf jika apa yang akan abang katakan ini akan menyakitkan hati Helwa. Abang kecewa dengan Helwa. Apa yang Helwa lakukan ini adalah antara dosa besar. Dosa yang Allah laknat pembuatnya. Pemubatnya boleh di rotan 100 kali dan nerakalah tempatnya. Ulama sendiri membahagikan orang yang berdosa kepada dua. Pertama, berdosa dan tidak mempunyai rasa kehambaan. Lupa diri dan nyawanya adalah milik Allah. Tidak sedar kesalahan yang di buat dan hati tidak langsung terlintas untuk bertaubat. Kedua, berdosa tetapi masih ada nilai-nilai kehambaan. Tersedar semula selepas setiap kesalahan. Sedar dirinya milik Allah dan tanggungjawabnya sebagai hamba. Lantaran itu dia akan terus berusaha perbaiki diri. Helwa pilihlah salah satu dari dua jalan ini. Dan Helwa boleh hentikan menghubungi abang selagi Helwa masih belum dapat hentikan peruatan ini. Ingat lagi pesanan abang? Dengan menghentikan perbuatan itulah yang akan menguatkan hubungan kita.


*************************************************************************************


Lama Helwa terdiam selepas membaca surat dari abang Hanzalahnya. Bermacam-acam perkara berlegar-legar di fikirannya.

“Mengapa aku seorang yang dipersalahnya..?Mengapa abang Han tidak memahami kesukaran orang-orang seperti kami untuk keluar dari kegelapan? Adakah dia sudah jijik dengan aku? Jijik dengan aku yang kotor? Mudahlah dia berkata-kata tapi yang menderita aku.. Aku perlu untuk senentiasa di sokong dan di dorong. Aku perlu di bimbing untuk menyusuri jalan yang benar. Untuk kembali ke pangkal jalan.. Terima kasih abang Han atas segalanya. Mungkin aku terlalu banyak menyusahkan dia. Biarlah aku yang pergi. Pergi jauh dari semua orang yang aku kenali. Kalau inilah yang abang Han inginkan.” Keluh Helwa sendirian.

Helwa mula berhenti menghubungi abang Hanzalah dan dari hari itu dia cuba cekalkan hati mengharungi kehidupannya. Pesanan abang Han untuk dia mengaja hubungannya agar Hanief akan bertanggungjawab pada mahkotanya yang hilang di ingat sampai bila-bila. Bermulalah episod baru bagi Helwa. Kehidupan yang penuh dengan mujahadah. Adakalanya dia cukup kuat untuk perbaiki diri dan adakalanya juga dia lemah dan terjerumus lagi pada aktiviti yang dia sendiri kurang senangi.

====================================================================
Akal setipis rambut tebalkan dengan ilmu.. Hati separuh kaca kuatkan dengan iman.. Perasaan selembut sutera hiasilah dengan akhlak...